Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Guru akui andaian masalah keluarga berdasarkan bacaan diari
Published on: Thursday, November 20, 2025
Published on: Thu, Nov 20, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru akui andaian masalah keluarga berdasarkan bacaan diari
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner pada Rabu dimaklumkan bahawa guru-guru yang membaca buku serta diari milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir bagi mencari petunjuk positif dan negatif berpendapat bahawa Zara mungkin menghadapi masalah keluarga.

Miswati Lundu, 37, seorang warden ketika menjawab soalan peguam Shahlan Jufri mengenai ringkasan atau pandangan mereka selepas beliau dan Cikgu Yuslina membaca diari tersebut berkata mereka berdua menyangka Zara mungkin mempunyai masalah di rumah.

Advertisement
Shahlan: Cikgu, cikgu bukan orang yang sesuai untuk membuat kesimpulan itu?

Miswati: Ini hanya andaian kami bukan kesimpulan tentang keadaan sebenar.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Shahlan: Siapa yang mengarahkan cikgu membuat andaian ini?

Miswati: Tiada siapa.

Advertisement
Shahlan: Siapa lagi yang tahu tentang andaian ini?

Miswati: Saya tidak pasti.

Advertisement
Shahlan: Dan cikgu sedar bahawa andaian ini telah tersebar di media sosial betul?

Miswati: Ya.

Shahlan: Selain cikgu dan Cikgu Yuslina adakah cikgu memaklumkan polis tentang andaian ini?

Miswati: Tidak.

Shahlan: Cikgu hanya membuat andaian ini berdasarkan diari yang tidak dibaca secara teliti betul?

Miswati: Ya.

Berhubung sebab beliau membaca diari tersebut walaupun ia merupakan barang peribadi beliau berkata mereka menjangkakan bahawa dengan membacanya mereka mungkin menemui petunjuk.

Shahlan: Mengapa cikgu membacanya sedangkan ia barang peribadi Zara?

Miswati: Pada pendapat saya semua orang mahu mencari diari itu. Jadi jika kami mahu tahu kandungannya kami perlu membacanya.

Shahlan: Bagaimana cikgu tahu semua orang mahu mencari diari itu?

Miswati: Bermula daripada ketika saya menemui diari itu Cikgu Gloria juga menemukannya. Kami mengandaikan mungkin ada petunjuk dalam buku tersebut.

Shahlan: Petunjuk dari segi apa?

Miswati: Mungkin dari segi emosi.

Shahlan: Jadi selepas membacanya cikgu boleh mendapat petunjuk mengenai emosinya?

Miswati: Menurut seorang rakan yang membacanya memang terdapat luahan perasaan.

Shahlan: Rakan yang mana memberikan pandangan itu?

Miswati: Cikgu Yuslina.

Shahlan: Siapa yang membenarkan Cikgu Yuslina membaca diari itu?

Miswati: Tiada siapa memberi kebenaran. Kami yang terlibat dalam siasatan memang perlu membacanya.

Shahlan: Maksud cikgu membaca diari itu untuk mencari petunjuk?

Miswati: Ya.

Beliau menambah bahawa mereka berharap dapat mencari petunjuk positif dan negatif mengenai emosi serta keadaan Zara. Menurutnya setakat pengetahuan beliau hanya Cikgu Yuslina dan dirinya yang membaca diari tersebut.

Miswati turut memberi keterangan bahawa pada 19 Julai beliau diminta memeriksa rak buku dalam kelas Zara dan menemui 15 helai kertas bertulis tangan yang menyerupai tulisan Zara.

Katanya helaian itu ditemui diselitkan dalam sebuah buku latihan kosong di rak tersebut. Beliau hanya meneliti secara sekilas dan mengesyaki helaian itu milik Zara kerana tulisanya menyerupai tulisan dalam buku Zara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here