Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Belia mahu pemimpin berprestasi, bukan sekadar berjanji
Published on: Friday, November 21, 2025
Published on: Fri, Nov 21, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Belia mahu pemimpin berprestasi, bukan sekadar berjanji
PAPAR: Tuntutan anak muda Bongawan terhadap kepimpinan yang lebih berwibawa semakin ketara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah Ke-17 apabila rata-rata mahukan perubahan di kawasan itu.

Ahli jawatankuasa Pemuda PGRS Bongawan, Ampuan Mohd Amir Akmal Ampuan Hassim (gambar), berkata belia di kawasan ini mahukan pemimpin yang bukan sekadar berjanji tetapi mempunyai rekod melaksanakan pembangunan.

Advertisement
Pada masa sama, katanya yang juga Ahli Dewan Belia Sabah, mereka memerlukan pemimpin yang mampu menarik pelaburan seterusnya melonjakkan kemajuan Bongawan yang sekian lama terpinggir dalam pelbagai aspek.

"Belia di Bongawan tidak mahu lagi retorik kerana kami sudah lama menunggu kepimpinan baharu yang benar-benar mampu mengubah landskap ekonomi dan pembangunan di Bongawan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
"Kami mahu pemimpin yang mempunyai pengalaman, jaringan serta kemampuan membawa pembangunan sebenar untuk kawasan ini, dan Tan Sri Anifah Aman (calon GRS) memenuhi keperluan tersebut.

"Ini kerana beliau mempunyai rekod dan prestasi cemerlang bukan sahaja sebagai bekas Ahli Parlimen Kimanis, malah sebagai mantan Menteri Luar yang sudah tentu memiliki hubungan baik dengan pelbagai pihak.

Advertisement
"Apa yang kita lihat, beliau bukan sekadar bercakap tetapi melaksanakannya, antaranya membawa projek besar seperti Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Akmal menegaskan bahawa belia Bongawan kini lebih matang dan bijak menilai calon berdasarkan pencapaian dan bukannya retorik politik yang sering dimainkan pemimpin di kawasan itu.

Advertisement
Katanya, setelah sekian lama hidup dalam suasana kemunduran, golongan belia Bongawan mahukan perubahan nyata dari semua segi, khususnya pembangunan prasarana, ekonomi serta peluang pekerjaan.

"Untuk itu, kami memerlukan pemimpin yang mampu berunding dengan pelabur, meyakinkan Kerajaan Persekutuan dan membawa masuk projek. Tan Sri Anifah berada pada tahap itu.

"Beliau bukan sahaja patut disokong, malah wajar dijadikan 'role model' bagi anak muda untuk berjaya kerana beliau telah menjadi usahawan berjaya pada usia muda sebelum menyertai dunia politik," katanya.

Ampuan Akmal percaya hanya pemimpin berpengalaman seperti Anifah yang mampu membuka laluan kepada pembangunan baharu, termasuk usaha menjadikan Bongawan sebagai hab minyak dan gas pada masa depan.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat di kawasan ini, khususnya anak muda, supaya memberikan sokongan kepada Anifah dan memastikan beliau berjaya diangkat sebagai wakil rakyat Bongawan pada PRU DU Sabah kali ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here