Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Calon Pakatan Harapan digesa jelaskan
Published on: Friday, November 21, 2025
Published on: Fri, Nov 21, 2025
Text Size:
Text:
Calon Pakatan Harapan digesa jelaskan
Kota Kinabalu: Tanda tanya menyelubungi dakwaan kelayakan undang-undang calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Api-Api, Thonny Chee (gambar), khususnya sama ada beliau benar-benar seorang peguam seperti yang disebutkan.

Apabila dihubungi Daily Express untuk mengesahkan sama ada wujud kempen memburukkan di media sosial oleh pihak lawan atau sebaliknya, Thonny berkata beliau enggan mengulas buat masa ini.

Advertisement
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, sebelum ini dilaporkan merujuk kepada Thonny, 45, sebagai seorang peguam dalam pengumuman serta siri kempen mereka.

Daily Express turut menerima panggilan orang awam dan beberapa peguam yang menggesa Thonny tampil telus mengenai perkara tersebut.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Beliau perlu mengemukakan ijazah undang-undang serta dari universiti mana, dan bukti sokongan sama ada beliau anggota Malaysian Bar, Sabah Bar atau Sarawak Bar,” kata seorang peguam kanan.

Mereka berkata jika beliau tersilap dirujuk sebagai peguam, maka pembetulan sewajarnya patut dibuat segera.

Advertisement
Profil kempen Thonny dalam laman web PKR menyenaraikan kerjayanya dalam pelbagai bidang, termasuk pengurus di beberapa bank di Kota Kinabalu (HSBC pada 2007, Penolong Pengurus Bank Bumiputra Commerce Bhd pada 2005 dan American International Group), Pengarah Institut Latihan Kemahiran Malaysia, dan terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah.

Beliau berdepan pertandingan lima penjuru bagi kerusi berkenaan. Ting Shu Kiong dari StarSabah merupakan peguam bertauliah, calon Warisan Loi Kok Liang ialah pengendali insurans, Kandrix Ng dari Parti Impian Sabah merupakan kontraktor berlatarkan industri pelancongan, manakala Soh Kee Suat dari Parti Bumi Kenyalang pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada beberapa wakil rakyat dan setiausaha sulit kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here