Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Perkukuh ekonomi agenda utama DAP Sabah
Published on: Friday, November 21, 2025
Published on: Fri, Nov 21, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Perkukuh ekonomi agenda utama DAP Sabah
TAWAU: Pengukuhan ekonomi negeri menjadi agenda utama DAP Sabah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kata Pengerusinya Phoong Jin Zhe.

Phoong yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Likas berkata penekanan diberikan terhadap isu pembangunan ekonomi kerana ia merupakan keperluan utama rakyat Sabah pada masa ini.

Advertisement
“Jika ekonomi baik, peluang pekerjaan dan perniagaan bertamba. Hal ini akan memberi banyak peluang kepada anak muda, ini adalah kunci fokus untuk agenda DAP kali ini,” katanya kepada pemberita di Bilik Operasi PH-DAP Sri Tanjong di sini, Khamis. 

Beliau berkata DAP Sabah juga menggunakan platform pilihan raya untuk mengemukakan idea baharu bagi menambah baik ekonomi negeri itu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Selain itu, Phoong berkata calon Sri Tanjong, Philip Yap Wui Lip berjaya melaksanakan 10 pencapaian dalam tempoh tiga tahun mengetuai DAP Society Youth di sini. – Bernama

“DAP Tawau dan Yap berada di Pasar Baru Taman Sin On membuka kaunter perkhidmatan bergerak dan mendengar suara rakyat. Di pusat khidmat pula, Yap menyediakan sesi nasihat guaman percuma pada setiap bulan,” katanya.

Advertisement
Phoong berkata Yap juga bekerjasama dengan pekebun dan perusahaan tempatan bagi mempromosi avokado ‘QAV1’ yang dibangunkan Jabatan Pertanian Tawau selain mengedarkan risalah panduan pelancongan di Lapangan Terbang Tawau.

Beliau berkata pengalaman selama 10 tahun Yap sebagai kaunselor di Majlis Perbandaran Tawau diyakini mampu mentadbir DUN Sri Tanjong dengan baik sekali gus menjadi perantaraan dengan kerajaan Persekutuan.

Advertisement
Sementara itu, Yap berkata antara komitmen utamanya jika diberi mandat adalah menubuhkan pasukan petugas khas pelancongan bersama-sama pemain industri bagi memacu pembangunan sektor berkenaan di Tawau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here