Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Tamu Rabu Tamparuli jadi medan calon bertemu pengundi
Published on: Friday, November 21, 2025
Published on: Fri, Nov 21, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Tamu Rabu Tamparuli jadi medan calon bertemu pengundi
CALON GRS untuk Tamparuli Dr Bonaventure mengedarkan risalah kempen kepada orang ramai.
TAMPARULI: Suasana meriah di Tamu Rabu Tamparuli, apabila calon-calon Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) mengambil peluang memperkenalkan diri kepada orang ramai menjelang hari mengundi pada 29 November.

Antara calon yang turun bertemu pengunjung ialah Dr Bonaventure Boniface (GRS), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Upko), Dr Gaim @ James Lunkapis (KDM) dan Joseph Lee @ Lee Han Kyun (Warisan) yang bersaing merebut kerusi Tamparuli.

Advertisement
Turut kelihatan ialah dua calon Dun Kiulu Joisin Romut (Upko) dan Henry Saimpon (KDM).

Tinjauan mendapati calon Warisan Joseph Lee, tiba paling awal di tamu berkenaan sekitar jam 7 pagi, diikuti Dr Bonaventure, Dr Gaim serta Henry. Madius dan Joisin pula hadir kemudian, ketika sebahagian besar calon lain hampir selesai bertemu peniaga dan pengunjung.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Seperti kebiasaan musim pilihan raya, semua calon bukan sahaja bersalaman dan memperkenalkan diri, tetapi turut mengedarkan risalah kempen kepada orang ramai yang memenuhi tamu mingguan itu.

Tamparuli, yang terkenal dengan ikonik Jambatan Tamparuli terus menjadi tumpuan setiap Rabu sejak lebih lapan dekad, menjadi nadi ekonomi komuniti setempat.

Advertisement
Pada PRN17, Dun Tamparuli menyaksikan persaingan 13 calon daripada pelbagai parti politik dan calon bebas. 

Mereka adalah Dr Bonaventure Boniface (GRS), Jinitoh Sontori (STAR), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Upko), Julia Ongkili (Parti Impian Sabah), Joseph Lee @ Lee Han Kyun (Warisan), Dr Gaim @ James Lunkapis (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat).

Advertisement
Selain itu, Parti Kerjasama Anak Negeri meletakkan Arthur Erik Lee manakala Parti Rumpun mencalonkan @ Abdul Aziz.

Lima calon Bebas lain memberi tentangan termasuk Vun Yun Fook, Samson S. Koroh @ Razali Suffian, Johan Jahid, Andrew Mali, serta Raymond Alfred @ Jenry.

Sementara itu, Dun Kiulu yang bersebelahan daerah kecil itu turut menyaksikan persaingan ramai calon melibatkan Datuk Joniston Bangkuai (GRS), Terence Sinti (STAR), Henry Saimpon (KDM), Niyky @ Niky J Bosikol (PIS), Joisin Romut (Upko), Dusi Gingging (Parti Kebangsaan Sabah), Trevor Maringking (Parti Kerjasama Anak Negeri) dan Saibin Gunsari (Warisan).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here