- PN berikrar menghormati hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta memperjuangkan pemulangan 40 peratus hasil negeri kepada rakyat.
- Tabung kekayaan berdaulat, Sabah Future Funds (SFF) dengan modal permulaan berfasa berjumlah RM10 bilion turut dicadang.
- Komitmen mewujudkan pentadbiran berintegriti dengan mengutamakan kebajikan rakyat, menyediakan peruntukan tahunan kepada semua Adun tanpa mengira parti, dan membuka saluran aduan rakyat berkaitan penyelewengan.
Advertisement
- Pelaksanaan Pelan Reset Infrastruktur Negeri (PRIN) dengan dana permulaan RM3 bilion bagi menangani isu air, elektrik dan penyelenggaraan jalan secara segera serta memudah cara pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
- Penambahbaikan turut merangkumi komunikasi, pelabuhan dan pelan tebatan banjir komprehensif berjumlah RM500 juta.
- PN komited melonjakkan peluang pekerjaan, membangunkan industri baharu, menggiatkan pelancongan, menjadikan Sabah hab makanan berkualiti dan memperkasa komuniti nelayan.
- Kementerian khas akan dibentuk bagi mengurus sektor mineral melalui Sabah Mineral Masterplan, termasuk penstrukturan peranan Sabah Mineral Management Sdn Bhd.
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
- Pelaksanaan Skim Bangkit Niaga Bayu (SBNB) dengan dana mikro kredit RM300 juta, masing-masing RM100 juta untuk usahawan wanita, belia dan pemohon lain.
- RM20 juta turut disediakan untuk bantuan usahawan kecil serta Sabah Digital Mentor Programme bernilai RM30 juta bagi membimbing 3,000 PMKS.
- Bantuan Prihatin Rakyat Sabah berjumlah RM4,800 setahun untuk keluarga miskin dan memerlukan, akses kesihatan dipertingkat serta skim insurans percuma bernilai RM15,000 bagi penyakit kronik, kecacatan kekal dan kematian akibat kecederaan.
- Bank Dialisis Sabah bernilai RM20 juta akan ditubuhkan, diikuti pembinaan hospital kanak-kanak pertama serta skim perumahan untuk rakyat Sabah.
Advertisement
- Dana belia RM100 juta bagi membantu generasi muda menceburi sektor pertanian, pelancongan, sukan dan latihan pengendalian dron.
- Program Profesional Women Sabah (PWS) diperkenal untuk melahirkan usahawan wanita serta skim sokongan meliputi bantuan bersalin dan pendidikan awal kanak-kanak. Bantuan turut disedia untuk ibu tunggal dan balu.
Advertisement
- RM300 juta diperuntukkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, termasuk elaun pengajian untuk peringkat ijazah, diploma, asasi, matrikulasi dan STPM.
- Akses pendidikan percuma disediakan di University College Sabah Foundation (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KYTS) untuk tempoh lima tahun.
- PN akan menambah pusat aktiviti warga emas dengan bantuan tahunan RM5,000 setiap satu, memperkenal program ekonomi khas dan mewujudkan Silver Sabah Village (SSV) bagi warga emas memerlukan.
- RM30 juta diperuntukkan bagi mewujudkan sistem pengurusan sisa moden serta menubuhkan Yayasan Perlindungan Alam Sekitar Sabah bagi pemuliharaan alam sekitar.
- Kerjasama diperhebat antara kerajaan negeri dan agensi keselamatan termasuk polis, tentera, APMM, Imigresen dan Esscom bagi memperketat keselamatan serta menangani isu pendatang tanpa izin.






