Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pembangkang tidak nampak perubahan di Sulaman: Ketua Menteri
Published on: Sunday, November 23, 2025
Published on: Sun, Nov 23, 2025
Text Size:
Text:
Pembangkang tidak nampak perubahan di Sulaman: Ketua Menteri
HAJIJI bersama pemimpin dan penyokong GRS pada Sesi Ceramah Bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Indai, Tuaran pada Jumaat.
Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menafikan tuduhan pembangkang kononnya tiada sebarang perubahan dibawa ke kawasan Sulaman yang diwakilinya selama lapan penggal.

Sebaliknya, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman itu, menegaskan beliau berjaya membawa pelbagai perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat selama ini.

Advertisement
Katanya, rakyat di Sulaman tahu apa yang dilaksanakannya dan kekal menyokongnya selama lapan penggal serta yakin mereka sekali lagi akan memberi kemenangan kepadanya pada Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) Ke-17 pada 29 Nov ini.

“Sebenarnya Sulaman ini cukup kita sayangi, saya nampak majalah ‘Sulaman Yang Ku Sayang’, memang saya sayang betul Sulaman.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Jadi selama ini, kita bukan takbur, tapi sokongan rakyat di Sulaman begitu hebat sekali kepada saya . Kerana itulah selama saya jadi wakil rakyat, saya beri tumpuan, apa kita buat di Sulaman?

“Saya bawa pelbagai perubahan di Sulaman, hanya pembangkamg saja yang tidak nampak apa kita buat. Perumahan besar di Sulaman, di pekan Tuaran, cukup untuk rakyat kita, kemudahan asas jalan raya ke kampung-kampung hampir 100 peratus.

Advertisement
“Dulu Pantai Dalit juga kawasan saya dan satu projek saya tidak boleh lupa di Mengkabong, orang Mengkabong dari dulu sokong saya.

“Apa kita buat di sana, rumah atas air kita ganti dengan rumah atas tanah, sekarang selesa sudah berumah di atas tanah,” katanya pada Sesi Ceramah Bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Indai, DUN Sulaman, di sini, Jumaat.

Advertisement
Katanya, pembinaan kampung tersusun di Mengkabong itu adalah antara pencapaian besar hasil usahanya membantu rakyat, selain satu lagi di Kampung Penimbawan.

Beliau berkata, dahulu masyarakat nelayan di kedua kampung tinggal di atas air, tapi sekarang sudah pindah di daratan dengan diberi rumah percuma setiap keluarga.

“Kita buat itu kerana mahu tolong nelayan yang tinggal di atas air, beri mereka perumahan, rakyat yang miskin susah. Sekarang kita ada Rumah SMJ lagi, walaupun ramai belum dapat tapi ini satu usaha yang baik.

“Untuk belia kita bina Kompleks Sukan Tuaran, bantu persatuan belia setiap tahun, bagi peruntukan. Jadi, siapa cakap kita tidak peduli orang muda di Sulaman, kita bagi bantuan bermacam-macam termasuk untuk berniaga kecil-kecilan.

“Sekarang kompleks sukan sedang dibina astaka membabitkan kos RM15 juta. Kita bagi kompleks sukan ini 100 ekar supaya macam- macam boleh buat di sana, malah ada cadangan untuk bina track kereta grag di sana,” katanya.

Katanya, usaha itu dilakukan bagi mengubah wajah Tuaran menjadi kawasan yang lebih baik dan maju dengan segala keperluan asas rakyat dapat dipenuhi.

Beliau berkata, ia termasuk meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya, khususnya laluan di antara Bulatan Berungis hingga ke Batangan yang kini sedang dinaik taraf menjadi jalan dua hala empat lorong.

Selain itu, katanya Projek Lebuhraya Pan Borneo dari Serusup, Tuaran ke Binturu, Kota Belud juga sedang dibina dan dijangka siap dalam dua tahun lagi.

“Apabila siap, orang di Penimbawan dan Kampung Baru-Baru nanti tidak payah lagi pusing di Ambong, Kota Belud, tunggulah dua tahun ada sudah jalan Pan Borneo dari Serusup hingga Binturu, ini perjuangan kita,” katanya.

Sementara itu, beliau yakin majoriti daripada seramai 1,918 pengundi berdaftar di PDM Indai akan memilihnya pada 29 Nov ini untuk sekali lagi memenangkan beliau di Sulaman.

Katanya, beliau akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat Sulaman dan Tuaran keseluruhannya.

Sementara itu, Hajiji pada Sabtu meluangkan masa melawat beberapa markas di PDM dalam kawasan DUN Sulaman bagi menemui para pengundi dan jentera parti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here