Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Guna peluang undi awal tentu hala tuju Sabah
Published on: Tuesday, November 25, 2025
Published on: Tue, Nov 25, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Guna peluang undi awal tentu hala tuju Sabah
Bung Moktar berkata meskipun Sabah telah mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun, tahap pembangunan dan kemajuan negeri itu masih belum seiring negeri lain.
Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah menyeru semua pengundi awal di negeri itu agar memanfaatkan peluang mengundi hari ini (Selasa) bagi menentukan hala tuju serta masa depan Sabah.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata undi awal mempunyai nilai yang sama seperti undi pada hari pengundian 29 Nov bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Advertisement
Beliau berkata setiap pengundi memikul tanggungjawab besar dalam membuat pilihan terbaik demi masa depan Sabah bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Ingat, undi awal sama sahaja dengan pengundi-pengundi pada 29 Nov nanti. Gunakanlah peluang yang ada, gunakanlah matlamat yang ada dan ingat bahawa lima tahun sekali adalah peluang untuk kita menentukan nasib serta masa depan Sabah,” katanya dalam satu video dimuat naik di Facebook rasminya pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bung Moktar berkata meskipun Sabah telah mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun, tahap pembangunan dan kemajuan negeri itu masih belum seiring negeri lain.

Sehubungan itu, Bung Moktar berkata BN menawarkan lembaran baharu untuk memakmurkan Sabah dan membantu rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan melalui pelaksanaan agenda yang digariskan dalam manifesto parti.

Advertisement
“Gunakanlah kuasa di tangan anda. Undilah calon-calon yang boleh mengangkat darjat Sabah dan mengeluarkan rakyat Sabah dari belenggu kemiskinan. Undilah calon-calon Barisan Nasional. Insya-Allah kita akan dapat merubah untuk nasib masa depan rakyat negeri Sabah itu sendiri,” katanya.

Sebanyak 24,426 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di 58 pusat pengundian awal yang dibuka serentak di seluruh negeri mulai 8 pagi esok, sebelum ditutup secara berperingkat.

Advertisement
Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan sebanyak 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 74 daripadanya ialah calon yang bertanding atas tiket Bebas.

Tempoh berkempen bagi PRN Sabah ke-17 yang bermula dari 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam, 28 Nov.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here