Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pemain Korea Selatan ungguli Terbuka Amatur Malaysia
Published on: Thursday, November 27, 2025
Published on: Thu, Nov 27, 2025
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Pemain Korea Selatan ungguli Terbuka Amatur Malaysia
HAECHEON dan Yunseo bersama hadiah kemenangan.
Kota Kinabalu: Kejohanan Terbuka Amatur Malaysia ke-121 yang berlangsung di Permaipura Golf & Country Club di Bedong, Kedah melabuhkan tirainya dengan aksi penuh sengit dan mempamerkan bakat terbaik dari dalam serta luar negara. 

Dalam saingan lelaki, pemain Korea Selatan, Haecheon An, muncul juara selepas menamatkan pertandingan dengan jumlah keseluruhan 205 pukulan (-8) hasil permainan konsisten 70–66–69. Keunggulannya di lapangan mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain amatur paling menyerlah dalam edisi kali ini.

Advertisement
Bintang Malaysia, Aiden Kei, turut mencuri tumpuan apabila menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan dengan 209 pukulan (-4) selepas mencatat skor stabil 69–70–70. Prestasi cemerlang itu menghadiahkannya gelaran Pemain Malaysia Terbaik dalam kategori lelaki, sekali gus mengangkat nama negara di pentas kejohanan.

Dalam kategori wanita, pemain Korea Selatan sekali lagi menguasai podium apabila Yunseo Yang dinobatkan sebagai juara dengan jumlah 214 pukulan (+1) melalui catatan 68–75–71. Prestasi baiknya sejak hari pertama memastikan dia kekal mendahului senarai peserta hingga ke akhir pertandingan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Malaysia turut berbangga apabila Charlayne Chong berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan dan sekali gus meraih gelaran Pemain Malaysia Terbaik dalam kategori wanita selepas menutup permainan dengan jumlah 219 pukulan (+6).

Kejohanan tahun ini bukan sahaja memperlihatkan persaingan berkualiti tinggi, tetapi juga menjadi pentas penting bagi pemain muda memperagakan bakat dan ketahanan mental dalam sukan golf. Semua peserta, khususnya para pemenang, diraikan atas usaha dan prestasi mengagumkan mereka sepanjang kejohanan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here