Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Undi untuk kesinambungan dan kemajuan Sabah: Hajiji
Published on: Friday, November 28, 2025
Published on: Fri, Nov 28, 2025
Text Size:
Text:
Undi untuk kesinambungan dan kemajuan Sabah: Hajiji
Hajiji turut melahirkan keyakinan bahawa GRS akan kembali mentadbir, berdasarkan maklum balas positif sejak kempen bermula dua minggu lalu.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri sementara Datuk Seri Hajiji Noor  (gambar) menggesa rakyat Sabah memilih kesinambungan dan kemajuan apabila keluar mengundi esok.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata pengundi tidak harus terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pembangkang.

Advertisement
“Mereka hanya pandai berkata manis,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Beliau menegaskan bahawa GRS, semasa pentadbirannya selama lima tahun, telah menunjukkan hasil nyata dan membawa Sabah ke arah pembangunan lebih pesat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mandat baharu pada Sabtu akan memastikan Sabah terus berada pada landasan pembangunan, katanya.

Beliau mengingatkan pengundi bahawa beberapa parti pembangkang pernah diberi peluang mentadbir tetapi “gagal teruk”, dan kini meminta peluang kedua. “Mereka yang gagal membela rakyat tidak wajar diberi kepercayaan semula,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata GRS kekal komited dengan prinsip “Rumah Kita, Kita Jaga”, yang menurutnya jauh berbeza daripada slogan pembangkang yang dianggap kosong seperti

“Selamatkan Sabah” atau laungan “Sabah Kita Punya”.

Advertisement
Walaupun GRS bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan, beliau menegaskan gabungan yang dianggotai parti-parti berpangkalan Sabah itu tetap menjadi suara dominan dalam memperjuangkan kepentingan negeri.

“Mereka (pembangkang) menjanjikan bulan dan bintang tetapi hasilnya sedikit sekali. GRS hanya menjanjikan apa yang mampu dan akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata rekod pentadbiran GRS menunjukkan keutamaan diberikan kepada isu kritikal seperti jalan raya, air dan elektrik, dengan tindakan jelas diambil bagi mengatasi masalah berpanjangan. 

“Banyak projek yang dimulakan sedang berjalan dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga tiga tahun, dan diyakini akan memberi kelegaan lama dinantikan rakyat,” katanya. 

Hajiji turut melahirkan keyakinan bahawa GRS akan kembali mentadbir, berdasarkan maklum balas positif sejak kempen bermula dua minggu lalu.

“Saya tersentuh melihat sokongan daripada warga emas dan golongan muda. 

“Baru-baru ini, ketika berkempen, saya bertemu sekumpulan besar pelajar yang pulang dari Labuan untuk mengundi. Mereka menyatakan sokongan kepada GRS dan itu membuat saya terharu,” katanya.

Beliau berkata perkembangan itu menolak tanggapan bahawa golongan muda memihak kepada pembangkang. 

“Mereka boleh membezakan antara kebenaran dan fitnah, dan terus menaruh kepercayaan kepada GRS,” katanya.

Hajiji menyeru semua pengundi keluar beramai-ramai.

“Selamat mengundi. Dengan sokongan rakyat, GRS mampu membina Sabah yang lebih baik. 

“Lima tahun lagi untuk GRS bermakna pembangunan pesat dan kemajuan berterusan,” katanya.

Hajiji menegaskan kepentingan hubungan rapat antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membentuk masa depan Sabah, sambil menyifatkan banyak manfaat dapat diraih di bawah pentadbiran Kerajaan Madani yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerjasama itu terbukti apabila beliau dan Premier Sarawak dijemput bersama Perdana Menteri untuk mengadakan rundingan dengan Presiden

Indonesia, Prabowo Subianto, di Jakarta baru-baru ini.

“Ini urusan negara, tetapi berkaitan Sabah dan sempadan Kalimantan. Sebab itu Perdana Menteri menjemput kami membentangkan pendirian kepada Prabowo. 

“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini bukan urusan biasa kami; ia hal antarabangsa. Jadi kami amat berbesar hati diterbangkan ke Jakarta dengan pesawat rasmi Perdana Menteri. Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri lakukan perkara seperti ini sebelum ini. 

“Saya bercakap dengan Prabowo dan hasilnya sangat baik. Inilah yang berlaku apabila hubungan dengan Persekutuan kukuh dan mesti dikekalkan,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji menegaskan keperluan mengekalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah–Pakatan Harapan (GRS–PH) pada Sabtu ini bagi menjamin kesinambungan kerjasama tersebut.

“Orang lain pandai bercakap sahaja, asyik mahu bergaduh dengan Kerajaan Persekutuan. Apa gunanya bergaduh? Kita mesti menjaga kepentingan negara juga. Kita tidak boleh hanya fikir hak negeri sehingga membahayakan negara.

“Ini juga berlaku di Sabah. Di Sabah macam-macam berlaku, sehingga 14 calon bertanding satu kerusi. Itulah ‘kekuatan’ Sabah. 

“Ada yang sebelum ini pun tidak pernah menang, tetapi tetap menjadi calon. Saya bukan meremehkan sesiapa, tetapi saya mahu mengingatkan rakyat agar tidak memilih mereka yang sudah diberi peluang tetapi tidak menunjukkan prestasi,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here