Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Calon Upko janji pendekatan baharu selesai isu lama di Putatan
Published on: Friday, November 28, 2025
Published on: Fri, Nov 28, 2025
By: Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Calon Upko janji pendekatan baharu selesai isu lama di Putatan
Kota Kinabalu: Calon Parti Upko bagi kerusi Tanjung Keramat, Rosdy Wasli (gambar), menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan pelbagai masalah asas rakyat yang menurutnya berlarutan terlalu lama dan menjejaskan kehidupan harian penduduk, khususnya di kawasan Putatan yang semakin padat.

Rosdy berkata rungutan mengenai jalan rosak, sistem peparitan tidak teratur, banjir kilat serta gangguan bekalan air dan elektrik bukan lagi isu baharu, namun perlu diberi keutamaan kerana melibatkan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Advertisement
Katanya, kelemahan pengurusan sampah serta masalah penyelenggaraan di beberapa kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), termasuk lif rosak, menunjukkan keperluan mendesak untuk penambahbaikan menyeluruh.

“Kita tidak boleh lagi mentadbir dengan cara lama. Pendekatan baharu diperlukan supaya masalah asas rakyat benar-benar diselesaikan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Rosdy turut menjelaskan platform politik baharunya pada PRN17, selepas sebelum ini bertanding sebagai calon Amanah menggunakan logo Warisan pada PRN 2020. 

Dia berkata perubahan landskap politik, termasuk kerjasama Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional, menyempitkan ruang untuk beliau terus berkhidmat kepada pengundi.

Advertisement
“Walaupun saya tewas, saya terus turun padang melalui NGO dan persatuan bola sepak saya. Rakyat tahu saya tetap ada,” katanya sambil menambah bahawa permintaan pengundi supaya dia kembali bertanding mendorong keputusan itu.

Rosdy berkata dia memilih Upko kerana yakin dengan pendirian tegas parti itu dalam memperjuangkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan komitmen kepimpinannya mempertahankan proses semakan undang-undang berkaitan perjanjian berkenaan.

Advertisement
“MA63 bukan slogan. Ia amanat nenek moyang kita. Jika hak kita tidak dipulangkan, sukar untuk Sabah membangun,” katanya.

Mengulas saingan 11 calon di Tanjung Keramat, Rosdy menyifatkannya sebagai gambaran kesuburan demokrasi dan memberi peluang kepada pengundi menilai rekod kerja setiap calon.

Dia turut berharap sekurang-kurangnya 80 peratus keluar mengundi berbanding 65 peratus pada PRN 2020.

“Jika mahukan perubahan, kita mesti keluar mengundi,” katanya.

“Pilihlah parti lokal yang benar-benar membawa suara rakyat Sabah. Pilih calon yang terbukti bekerja, bukan menjanjikan bulan dan bintang.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here