Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Dua penggal tanpa lonjakan, PCS gesa perubahan di Bongawan
Published on: Friday, November 28, 2025
Published on: Fri, Nov 28, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Dua penggal tanpa lonjakan, PCS gesa perubahan di Bongawan
PAPAR: Pengundi di Bongawan digesa menilai dengan lebih mendalam rekod Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, sebelum menyerahkan masa depan kawasan itu kepada calon parti berkenaan, Dr Daud Yusuf, pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17.

Ketua Pemuda Negeri PCS, Zakariah Ibrahim (gambar), berkata pengalaman terdahulu ketika Shafie menjadi Ketua Menteri menunjukkan beliau tidak komited untuk melantik Daud sebagai Menteri Pertanian Sabah.

Advertisement
Beliau berkata janji yang dibuat Shafie itu tidak ditunaikan apabila jawatan berkenaan akhirnya diserahkan kepada ADUN Tanjung Aru, Junz Wong, seorang yang menurutnya tidak mempunyai asas dalam bidang pertanian atau penternakan.

Zakariah menegaskan bahawa Daud, seorang doktor veterinar berkelulusan penternakan dan pertanian, hanya dilantik sebagai Pembantu Menteri tanpa kuasa eksekutif yang sepadan dengan kepakarannya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Katanya, keputusan Shafie ketika itu bukan sahaja mengetepikan kepakaran Daud, malah menafikan keperluan rakyat Bongawan yang bergantung pada sektor pertanian dan penternakan.

“Ini bukti jelas bahawa Bongawan tidak menjadi keutamaan Shafie,” katanya sambil menambah bahawa rakyat wajar bertanya apakah jaminan kawasan itu tidak akan terus terpinggir jika pola sama berulang.

Advertisement
Beliau berkata kekecewaan terhadap episod itu masih dirasai penyokong tempatan yang melihat pembangunan Bongawan kekal perlahan biarpun sudah dua penggal kawasan itu diwakili Daud.

Menurutnya, rekod sedia ada menunjukkan pembangunan strategik tidak berlaku dan ekonomi Bongawan tidak mencatat lonjakan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Advertisement
Zakariah berkata pengundi Bongawan tidak boleh lagi mengambil risiko memilih calon yang menurutnya tidak diberi kepercayaan oleh ketua parti sendiri.

Beliau menggesa pengundi memilih pemimpin yang “berani, tegas dan tidak tunduk kepada sesiapa”, sambil menyifatkan calon GRS, Tan Sri Anifah Aman, sebagai contoh keberanian mempertahankan hak Sabah termasuk ketika berdepan tekanan dalam isu MA63.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here