SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila yang baharu dipilih, Hazem Mubarak Musa menyatakan rasa syukur atas kemenangan beliau pada pilihan raya negeri pada Sabtu.
Jelasnya, kememangan itu juga bukan kemenangan beliau sendiri tetapi kemenangan untuk seluruh kepimpinan, jentera dan jawatankuasa GRS negeri serta warga Sungai Manila.
“Sudah pasti masa untuk berpolitik itu sudah berakhir. Apa yang diinginkan ialah untuk bekerja dan membela serta menyelesaikan masalah rakyat selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus pengumuman rasmi keputusan bagi kerusi itu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Libaran, di sini pada Sabtu.