Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pingat Emas Naib Canselor bukti kegigihan Chin Jia Wen
Published on: Monday, December 01, 2025
Published on: Mon, Dec 01, 2025
Text Size:
Text:
Pingat Emas Naib Canselor bukti kegigihan Chin Jia Wen
CHIN Jia Wen dikurniakan Pingat Emas Naib Canselor.
Kota Kinabalu: Walaupun menghadapi pelbagai cabaran antaranya masalah kewangan dan tekanan emosi sewaktu melanjutkan pengajian namun semua itu bukanlah sebuah penghalang untuk merangkul kejayaan.

Kejayaan Chin Jia Wen, 24, bukan hanya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pemakanan dengan Kepujian namun semakin teruja apabila dikurniakan Pingat Emas Naib Canselor sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-27 pada tahun ini.

Advertisement
Anak kelahiran Johor yang merupakan graduan daripada Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) berkenaan berjaya mendapat purata nilai gred PNGK 3.92 dalam bidang pengajian.

 “Saya menyewa di luar kawasan UMS dan perkara itu memaksa saya untuk belajar berjimat demi kelangsungan hidup.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Dari segi mengawal tekanan emosi dan mental biasanya saya akan berehat daripada melakukan sebarang kerja kerana bagi saya kesihatan mental itu sangat penting,” katanya sempat berkongsi nasihat kepada Mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian.

“Sebagai manusia yang bergelar mahasiswa semestinya akan menghadapi pelbagai cabaran namun anda perlu jaga dan sayangi diri anda terlebih dahulu.

Advertisement
“Apa pun yang anda lakukan sabar merupakan kunci kejayaan dalam kehidupan kita,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan hasratnya untuk meneruskan pengajian sarjana jika ada masa yang sesuai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here