Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
MKK-DBKK bentuk masa depan Kota Kinabalu
Published on: Tuesday, December 02, 2025
Published on: Tue, Dec 02, 2025
By: Samantha Sulit
Text Size:
Text:
MKK-DBKK bentuk masa depan Kota Kinabalu
GAMBAR kumpulan 18 ahli Majlis Kanak-Kanak DBKK.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil langkah proaktif memastikan suara kanak-kanak diberi tempat dalam pembangunan bandar raya melalui penubuhan Majlis Kanak-Kanak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (MKK-DBKK) yang julung kali diwujudkan.

Datuk Seri Dr Sabin Samitah, dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pengarah DBKK Datuk Lifred Wong, menegaskan bahawa pembangunan bandar perlu bersifat inklusif, selamat dan responsif terhadap keperluan semua peringkat masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak.

Advertisement
“Pembangunan yang pesat membawa peluang baharu namun turut disertai cabaran, terutama dalam penyediaan ruang hijau mencukupi dan kemudahan mesra kanak-kanak,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan serta pelancaran logo rasmi MKK-DBKK di sini, Isnin.

Majlis itu menyaksikan pelantikan rasmi 18 ahli MKK-DBKK yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah, sekali gus menandakan pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) Unicef di Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sabin berkata kerjasama DBKK-Unicef itu menjadikan Kota Kinabalu bandar pertama di Sabah dan antara yang terawal di Malaysia Timur mempelopori agenda berkenaan, selaras dengan Memorandum Persefahaman yang dimeterai pada 6 Mei lalu.

Menurutnya, beberapa program MKK-DBKK telah dirancang untuk 2025, termasuk Pertandingan Mereka Bentuk Logo, Program Orientasi dan lawatan sambil belajar ke Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi pendedahan mengenai sistem demokrasi.

Advertisement
“Program di bawah MKK-DBKK akan membantu DBKK merancang lebih banyak ruang awam mesra kanak-kanak, menggalakkan penglibatan komuniti serta memperkukuh tadbir urus bandar dengan pendekatan yang lebih responsif terhadap generasi muda,” katanya.

Sabin mengingatkan semua ahli agar tampil sebagai pemimpin yang berani, bijaksana dan rendah hati, menggunakan platform tersebut untuk mencetus idea, meluahkan pandangan serta memberi inspirasi kepada rakan sebaya.

Advertisement
“Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada generasi muda kita sekali gus menjadi pemula kepada sebuah bandar raya yang lebih mesra, inklusif dan sejahtera untuk semua,” katanya.

Turut hadir Ketua Polisi Sosial Unicef Malaysia Dr Juanita Vasquez Escallon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan Pengurusan) Faradillah Haji Abdul Rani, Pengerusi Voice of Women Sabah Datuk Dr Tarsiah Tz Taman dan Presiden Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl, Datuk Jeannette Tembakau.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here