Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
‘Pertemuan hanya urusan bekalan air’
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
‘Pertemuan hanya urusan bekalan air’
Lim selaku tertuduh ketiga didakwa atas empat pertuduhan memiliki sebuah kenderaan Toyota Land Cruiser serta wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000 yang didakwa hasil aktiviti haram di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Kota Kinabalu: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah Lim Lam Beng memberitahu Mahkamah Khas Rasuah pada Selasa bahawa beliau membawa bekas Jurutera Air Bahagian Kota Kinabalu Teo Chee Kong untuk bertemu dengan bekas Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Datuk Raymond Tan Shu Kiah semata-mata bagi tujuan penyelarasan berkaitan urusan bekalan air.

Beliau berkata tujuan pertemuan itu adalah untuk memastikan komunikasi yang lancar antara Teo dan menteri berkenaan serta bagi membolehkan menteri menerima maklumat terus sekiranya berlaku sebarang masalah bekalan air di Bahagian Kota Kinabalu.

Advertisement
“Tiada apa-apa selain itu,” tegasnya ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Haresh Prakash Somiah yang merujuk kepada keterangan Lim sebelum ini.

Haresh: Dalam keterangan kamu, kamu berkata kamu membawa Teo untuk diperkenalkan kepada menteri bagi melancarkan komunikasi. Betul?

Advertisement
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Lim: Ya.

Haresh: Kamu yang mengatur pertemuan antara Datuk Raymond Tan dan Teo Chee Kong?

Advertisement
Lim: Saya membawa Teo berjumpa Datuk Raymond Tan untuk tujuan komunikasi rapat bagi menyelesaikan masalah bekalan air Kota Kinabalu supaya menteri mendapat maklumat secara langsung jika timbul sebarang masalah bekalan air di bahagian ini. Tiada apa-apa lagi.

Haresh: Pada masa itu Datuk Raymond Tan ialah Menteri Infrastruktur dan Pembangunan?

Lim: Ya.

Haresh: Adakah kamu tahu sama ada Tan Sri Pairin pernah memegang jawatan itu?

Lim: Ya.

Lim berkata beliau tidak dapat mengingati sama ada Tan Sri Pairin memegang jawatan tersebut sebelum atau selepas Datuk Raymond Tan.

Lim, 71, yang kini bersara turut memberitahu Hakim Abu Bakar Manat bahawa pegawai penyiasat Mohd Yussof tidak pernah bertanya kepadanya mengenai sumber

wang yang menjadi subjek tiga pertuduhan terhadapnya iaitu RM1.9 juta, RM200,000 dan RM280,000.

“Sebaliknya dia hanya meminta saya mengeluarkan wang itu untuk diserahkan kepada SPRM dan berjanji tiada tindakan akan diambil terhadap saya oleh SPRM,” kata

Lim sambil menafikan saranan pihak pendakwaan.

Berhubung saham StarHub miliknya di Singapura DPP Haresh mencadangkan Lim masih belum mengemukakan sebarang bukti bila saham tersebut dibeli.

Haresh: Betul bahawa kamu belum mengemukakan sebarang dokumen untuk menunjukkan bila saham StarHub itu dibeli?

Lim: Setakat ini ya.

DPP turut menyatakan bahawa Lim hanya kini mendedahkan bahawa beliau menerima sumbangan hampir SGD700,000 daripada bapa dan bapa mentuanya ketika mula melabur dalam saham.

Haresh: Kamu setuju ini adalah bahagian penting dalam pembelaan kamu?

Lim: Ya.

Haresh: Dan ini kali pertama fakta ini didedahkan selepas kamu memberi keterangan?

Lim: Ya.

Lim turut mengesahkan dakwaannya bahawa beliau membeli saham pada harga rendah semasa krisis kewangan global 1998 dan 2008 sebelum menjualnya selepas pasaran pulih.

Beliau berkata saham dibeli pada 1998 dan dijual secara berperingkat pada 1999. Begitu juga pada 2008 saham dibeli dan dijual secara berperingkat selepas pasaran pulih bermula 2009.

Haresh: Pada 2008 dan 2009 kamu sudah pun memegang jawatan Timbalan Pengarah (Timbalan JANS)?

Lim: Ya.

Haresh: Saham yang kamu jual bermula 2009 pada harga tinggi itu tidak pernah diisytiharkan kepada Jans?

Lim: Ya.

Haresh: Kamu juga tidak menyatakan jenis saham yang dibeli pada harga rendah dan dijual pada harga tinggi?

Lim: Setakat ini belum.

Lim bersetuju bahawa ini adalah kali pertama mahkamah mendengar maklumat tersebut.

Lim dibicarakan bersama bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, selaku tertuduh pertama dan isterinya, Fauziah Piut, 59, tertuduh kedua yang berdepan pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram.

Lim selaku tertuduh ketiga didakwa atas empat pertuduhan memiliki sebuah kenderaan Toyota Land Cruiser serta wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000 yang didakwa hasil aktiviti haram di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 13 Oktober, 22 Oktober, 7 November dan 8 November 2016 di sini.

Sementara itu Ag Mohd Tahir dan Fauziah berdepan 33 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM61.57 juta dalam bentuk tunai dan simpanan bank serta pemilikan barangan mewah secara haram.

Ag Mohd Tahir berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) akta sama manakala Fauziah berdepan 19 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b). Kedua-duanya turut berdepan dua pertuduhan bersama di bawah seksyen sama.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di beberapa lokasi berasingan, antaranya di sebuah pejabat di Kota Kinabalu, sebuah rumah di Sembulan serta beberapa cawangan bank antara 4 Oktober hingga 4 November 2016.

Lim diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan dan Baldev Singh manakala Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili Datuk Ansari Abdullah. Pendakwaan dikendalikan oleh DPP Haresh bersama DPP Mahadi Abdul Jumaat.

Perbicaraan bersambung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here