SANDAKAN: Walaupun berdepan tekanan semula jadi serta aktiviti manusia, Prosiding Bengkel Ekspedisi Saintifik Kawasan Konservasi Sungai Pin (SPnCA) kekal berdaya tahan dengan proses regenerasi hutan yang berterusan, penyerapan karbon yang aktif serta populasi hidupan liar masih berkembang.
Dapatan ini sekali gus memberikan gambaran menyeluruh mengenai keadaan ekologi kawasan tersebut serta keperluan pengurusannya.
Jabatan Perhutanan Sabah secara rasmi menyerahkan SPnCA Siri 2 kepada Kumpulan Sawit Kinabalu dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat jabatan itu.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan yang menyerahkan penerbitan berkenaan kepada Pengurus Besar Wilayah Sandakan Kumpulan Sawit Kinabalu Muazamsyah Idris.
Advertisement





