Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Jafry arah selenggara kemudahan, infrastruktur jeti pelancongan di Kota Kinabalu
Published on: Monday, December 08, 2025
Published on: Mon, Dec 08, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jafry arah selenggara kemudahan, infrastruktur jeti pelancongan di Kota Kinabalu
JAFRY melakukan lawatan tapak beberapa kawasan pada Ahad.
Kota Kinabalu: Beberapa kemudahan dan infrastruktur jeti pelancongan sekitar bandar raya ini memerlukan penyelenggaraan segera bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pelancong, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Jafry yang mengadakan lawatan ke beberapa jeti pelancongan berkenaan pada Ahad, berkata keadaan itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia turut membabitkan keselamatan dan kebajikan pegawai serta petugas di kawasan konservasi pelancongan.

Advertisement
“Hal ini adalah isu keselamatan dan saya mahu tindakan segera. Petugas di pulau-pulau juga perlu mempunyai penempatan selamat dan kondusif,” katanya dalam kenyataan, Ahad.

Beliau berkata lawatan berkenaan antaranya di Jesselton Point, Jeti Taman-Taman Sabah serta South Jetty milik Suria Capital yang sedang dalam proses pembinaan dengan kos dianggar RM20 juta.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Jafry turut meninjau keadaan Pulau Sulug termasuk kuarters petugas Taman-Taman Sabah yang didapati uzur, rosak dan memerlukan tindakan segera. 

“Perkara ini akan diperincikan segera bersama kementerian untuk tindakan susulan dan penyelesaian jangka panjang. Kementerian akan terus memantau serta menambah baik fasiliti pelancongan di negeri ini bagi memastikan Sabah kekal sebagai destinasi pelancongan utama negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here