Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Replika gasing simbol masyarakat Sipitang
Published on: Wednesday, December 10, 2025
Published on: Wed, Dec 10, 2025
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Replika gasing simbol masyarakat Sipitang
GASING jenis Pedada ditengah-tengah bulatan Kampung Lumut.
SIPITANG: Setiap daerah di Sabah mempunyai simbol unik yang melambangkan identitinya tersendiri. 

Bagi daerah Sipitang ia dikenali dengan permainan tradisional gasing yang popular dalam kalangan komuniti Kadayan.

Advertisement
Sebagai usaha mengetengahkan warisan ini pihak majlis tempatan telah memasang sebuah gasing bersaiz besar di bulatan Kampung Lumut sepanjang jalan menuju ke Beaufort, yang dikelilingi oleh empat buah gasing lebih kecil di setiap penjuru.

Penduduk Kampung Ulu Sipitang Jinin Ahad, 67, berkata permainan gasing dahulunya dimainkan pada musim-musim tertentu sahaja seperti selepas musim menuai padi namun kini ia turut dipertandingkan dalam festival.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
GASING yang didirikan di sebuah bulatan di Kampung Lumut, Sipitang.Jinin berpendapat pemasangan replika gasing itu bukan sahaja memelihara legasi budaya malah menambah tarikan daerah Sipitang.

Sementara itu Sipitang juga memegang rekod gasing terbesar di Malaysia yang turut tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Advertisement
‘Gasing pedada’ tersebut berukuran 1.07 meter dan seberat 300 kilogram diperbuat daripada kayu Agatis Bomeenis sempena Festival Gata 2003 dan kini dipamerkan di Muzium Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here