Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
GLC diwajibkan beri laporan suku tahunan
Published on: Thursday, December 11, 2025
Published on: Thu, Dec 11, 2025
Text Size:
Text:
GLC diwajibkan beri laporan suku tahunan
Hajiji menegaskan bahawa mana-mana CEO, GGM dan GM yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) atau tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan akan disemak kedudukannya termasuk ditukar atau ditamatkan perkhidmatan mereka. 
Kota Kinabalu: Semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengurus Besar Kumpulan (GGM) dan Pengurus Besar (GM) bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun di Sabah diarahkan untuk mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap tiga bulan terus kepada Ketua Menteri, mulai tahun depan. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata langkah itu bertujuan memastikan Kerajaan Negeri menerima maklumat tepat pada masanya berhubung kemajuan projek, kedudukan kewangan, keberkesanan perkhidmatan dan pencapaian masing-masing. 

Advertisement
“Langkah ini penting untuk memantau prestasi setiap entiti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di sini, pada Rabu.

Hajiji menegaskan bahawa mana-mana CEO, GGM dan GM yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) atau tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan akan disemak kedudukannya termasuk ditukar atau ditamatkan perkhidmatan mereka. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau menggesa semua CEO, GGM dan GM untuk menetapkan KPI yang jelas dan terukur selaras dengan mandat organisasi masing-masing. 

“Semua projek, inisiatif, program dan perbelanjaan mesti mematuhi piawaian tadbir urus profesional, termasuk integriti kewangan, ketelusan pelaksanaan dan akauntabiliti kepada rakyat,” tegasnya. 

Advertisement
Sambil mengakui bahawa setiap GLC dan badan berkanun di Sabah mempunyai objektif yang berbeza, ada yang berorientasikan keuntungan dan ada yang berorientasikan perkhidmatan sosial, Ketua Menteri menegaskan bahawa semua entiti tetap bertanggungjawab menunjukkan tahap komitmen, kecekapan dan integriti yang tinggi. 

“Setiap CEO, GGM dan GM yang dilantik mesti menyumbang secara bertanggungjawab, seperti yang diharapkan oleh rakyat dan kerajaan, bagi membantu memajukan Sabah. 

Advertisement
“Dengan pemantauan yang lebih teratur dan pengurusan yang lebih bertanggungjawab, agenda Sabah Maju Jaya 2.0 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here