Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Sabah FC dapat ‘durian runtuh’
Published on: Thursday, December 11, 2025
Published on: Thu, Dec 11, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah FC dapat ‘durian runtuh’
Nizam (ketiga dari kiri) menyampaikan cek replika kepada pengurus Sabah FC Datuk Victor Ationg (kedua dari kanan) semasa pertemuan dengan para pemain pada hari Rabu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah pada Rabu menyalurkan insentif berjumlah RM100,000 kepada Sabah FC sebagai penghargaan atas kejayaan pasukan itu mara ke final Piala FA buat pertama kali selepas 30 tahun penantian.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Titingan (gambar), berkata insentif itu disampaikan atas arahan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai simbol sokongan kerajaan terhadap pencapaian bersejarah skuad berkenaan.

Advertisement
“Kita berharap Sabah FC akan bermain dengan baik, penuh komitmen, kesungguhan dan semangat berpasukan. Mudah-mudahan dengan doa semua peminat bola sepak di Sabah, selepas 30 tahun kita dapat mengulangi kejayaan menjuarai Piala FA ini yang dimenangi 1995,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi latihan terbuka Sabah FC di Stadium Likas, di sini pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Nizam yang juga peminat bola sepak optimis bahawa Sabah FC mampu mencipta sejarah baharu selepas kali terakhir menjulang Piala FA pada 1995.

“Insya-Allah, sejarah akan tercipta tahun 2025 ini, Sabah FC akan menjadi juara Piala FA. Keyakinan mesti tinggi,” katanya.

Advertisement
Di pentas final, Sabah FC akan membuat perhitungan menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mara dengan kemenangan agregat 4-1 selepas mengatasi Kuching City FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada aksi separuh akhir kedua.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here