Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Tingkat kerjasama agensi perkukuh hala tuju Sabah
Published on: Thursday, December 11, 2025
Published on: Thu, Dec 11, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Tingkat kerjasama agensi perkukuh hala tuju Sabah
JAMES (duduk di tengah) bersama Jordan dan yang lain pada sesi taklimat Mesti.
Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (Mesti) mengadakan sesi taklimat pertamanya Jumaat lalu melibatkan pegawai beberapa jabatan utama di bawah kementerian itu sebagai usaha menyelaras hala tuju strategik serta memperkukuh kerjasama antara agensi.

Taklimat tersebut menghimpunkan pegawai dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Perpustakaan Negeri Sabah, Sabah Net serta Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (Scenic).

Advertisement
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib mempengerusikan taklimat berkenaan yang turut dihadiri Timbalannya yang juga Adun Tulid, Jordan Jude Ellron.

Fokus utama sesi taklimat itu adalah untuk memperkukuh pemahaman mengenai struktur, mandat dan peranan Mesti selaras dengan keperluan semasa sektor pendidikan serta ekosistem digital negeri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Sesi libat urus antara jabatan tersebut turut membuka ruang perbincangan mengenai visi dan misi setiap agensi termasuk keperluan memperkukuh transformasi digital Kerajaan Negeri dalam bidang e-ekonomi dan aspek keselamatan siber yang diterajui Sabah Net.

“Jabatan Pembangunan Sumber Manusia menegaskan komitmennya untuk terus melahirkan modal insan berkemahiran tinggi menerusi pelbagai program latihan sejajar dengan sloganya “Sentiasa Cemerlang”. 

Advertisement
“Jabatan kekal sebagai pemangkin utama dalam memperkasa generasi muda melalui penyatuan institusi kemahiran serta peluang latihan yang lebih tersusun,” katanya.

Sementara itu James menegaskan bahawa tumpuan khas akan diberikan kepada pembangunan pendidikan luar bandar khususnya melibatkan isu infrastruktur, keperluan asas sekolah serta cabaran akses pembelajaran bagi pelajar di kawasan pedalaman.

Advertisement
“Saya menaruh harapan tinggi agar kerjasama yang terjalin dalam taklimat pertama ini dapat dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan,” katanya.

Taklimat itu dijangka membentuk asas kepada pelaksanaan agenda kementerian bagi tahun-tahun mendatang khususnya dalam memperkukuh keupayaan pendidikan digital dan inovasi di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here