Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Loji Pemprosesan Hasil Pertanian dibina di Keningau tahun depan
Published on: Saturday, December 13, 2025
Published on: Sat, Dec 13, 2025
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Loji Pemprosesan Hasil Pertanian dibina di Keningau tahun depan
Tahun hadapan akan menyaksikan pembinaan sebuah Loji Pemprosesan Hasil Pertanian di Keningau serta pelaksanaan Projek Makanan Tambahan Lebah Madu, dengan sokongan peruntukan berjumlah RM1.55 juta. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: TAHUN hadapan akan menyaksikan pembinaan sebuah Loji Pemprosesan Hasil Pertanian di Keningau serta pelaksanaan Projek Makanan Tambahan Lebah Madu, dengan sokongan peruntukan berjumlah RM1.55 juta.

Sektor perikanan, yang menyumbang 14.7 peratus kepada KDNK Pertanian Sabah dan mencatat imbangan dagangan positif RM494.58 juta pada 2023, akan menerima RM48.26 juta pada 2026.

Advertisement
Daripada jumlah itu, RM13.90 juta diperuntukkan bagi 33 projek pembangunan baharu merangkumi pemuliharaan, penguatkuasaan, penyelidikan, latihan, peningkatan sosioekonomi, biosekuriti dan pembangunan ekonomi biru.

Ko-Nelayan, yang diluluskan RM108.45 juta di bawah RMK13, akan menerima RM25.11 juta tahun depan bagi melaksanakan 28 projek pembangunan bertujuan memperkasa nelayan, mengukuhkan PKS dan mengembang sektor akuakultur.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) diperuntukkan RM14.78 juta bagi pembangunan dan RM65.95 juta untuk operasi.

“Strategi berasaskan data akan digunakan untuk mencapai 25 peratus Nisbah Sara Diri (SSR) ruminan menjelang 2030,” kata Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun semasa membentangkan Belanjawan Sabah 2026.

Advertisement
Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) pula menerima RM17.4 juta tahun depan, sebahagian daripada siling RM50.38 juta bawah RMK13 untuk 46 projek. Kerja pembangunan merangkumi penaiktarafan jalan pertanian, pembinaan bangunan pejabat baharu serta pembinaan stor baja dan racun perosak. Insentif Pengeluaran Pekebun Kecil Getah diteruskan dengan RM20 juta bagi menyokong pendapatan pekebun kecil.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS) akan menerima RM157.13 juta, termasuk RM25.41 juta untuk projek pembangunan seperti naik taraf sistem perparitan dan pengairan, mitigasi banjir, pemuliharaan sungai dan pantai, penstabilan sungai serta pemulihan kawasan sawah padi. Di bawah RMK13, JPS mempunyai siling projek keseluruhan RM302.88 juta.

Advertisement
Masidi berkata peruntukan menyeluruh ini menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri membangunkan ekosistem pengeluaran makanan yang moden, berdaya saing dan berdaya tahan.

“Inisiatif ini akan meningkatkan kecekapan, menambah pengeluaran tempatan, memperkasa komuniti luar bandar dan memastikan sekuriti makanan Sabah untuk jangka panjang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here