TAWAU: Sebanyak 261 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan direkodkan Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) daerah Tawau bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Turut direkodkan pada tempoh sama 40 kes bagi kanak-kanak terlibat jenayah, dua kes kanak-kanak luar kawal dan anak angkat selain satu kes sivil dan tujuh kes syariah.
Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Rina Jainal berkata melihat situasi berkenaan beliau meminta semua pihak agar tidak berdiam diri, memandang sepi mahupun membiarkan satu lagi anak menjadi mangsa.
“Setiap hari ada anak yang bangun dengan senyuman tetapi ada juga anak yang bangun dengan trauma, ketakutan dan luka yang tersembunyi.
Advertisement





