Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Institusi keluarga perlu terus diperkukuh
Published on: Sunday, December 14, 2025
Published on: Sun, Dec 14, 2025
Text Size:
Text:
Institusi keluarga perlu terus diperkukuh
JULIAH (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Faridah.
Kota Kinabalu: Isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag menyatakan institusi keluarga perlu terus diperkukuh kerana ia merupakan asas penting kepada pembangunan sosial, ekonomi dan budaya negara.

Beliau berkata institusi keluarga memainkan peranan besar dalam membentuk individu yang beretika dan bertanggungjawab.

Advertisement
“Dalam era kemajuan teknologi yang pesat, peningkatan kos sara hidup serta perubahan norma sosial yang pantas keluarga memerlukan kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan tahap kesedaran yang tinggi untuk kekal kukuh dan harmoni.

“Kita semua sedia maklum bahawa keluarga adalah sekolah pertama bagi seseorang. Di rumahlah tempat yang paling asas dan paling dekat di hati, nilai moral, akhlak dan sahsiah dibentuk.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Oleh itu meluangkan masa bersama keluarga merupakan antara usaha paling penting dalam membina dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan,” katanya ketika berucap pada Seminar Inspirasi Keluarga Madani pada Sabtu.

DR Wan Azizah (tiga dari kanan) dan Juliah meluangkan masa beramah mesra bersama para peserta.

Advertisement
Beliau menambah dengan meluangkan masa bersama ahli keluarga dapat berbincang mengenai cabaran dan kejayaan, berkongsi minat serta aktiviti di samping mengeratkan hubungan yang penting untuk kesejahteraan emosi dan psikologi.

Juliah berharap semua peserta memperoleh manfaat daripada seminar bermakna itu dan pulang dengan ilmu baharu bagi mewujudkan suasana keluarga yang lebih aman dan bahagia sekali gus menyokong kesejahteraan mental semua ahli keluarga.

Advertisement
“Kesejahteraan keluarga tidak boleh dipikul oleh ibu bapa semata-mata. Ia juga memerlukan sokongan semua pihak termasuk komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan, sektor swasta, persatuan wanita dan institusi pendidikan,” katanya.

Seminar tersebut dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia).

Dalam pada itu Juliah berharap seminar berkenaan dapat memberi manfaat besar dan menjadi pemangkin kepada pembentukan keluarga Madani yang lebih sejahtera.

Turut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Faridah Tussin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here