Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah serah pendapatan, dividen RM21.3 juta
Published on: Friday, December 19, 2025
Published on: Fri, Dec 19, 2025
Text Size:
Text:
Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah serah pendapatan, dividen RM21.3 juta
SYAHEDDRUL (depan kiri), menyerahkan replika cek pendapatan dan dividen berjumlah RM21.3 juta kepada wakil peneroka dan peserta dari Wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat, Sabah, Mohd Adzlie Jaidih, Peserta Ulu Dusun, Sandakan (dua dari kanan) dan Mohammad Shahrum Nizam, Peserta Sg Manila (kanan) sambil disaksikan oleh Hajiji. 
Kota Kinabalu: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menyerahkan Pendapatan dan Dividen berjumlah RM21.3 juta kepada wakil peneroka dan peserta dari Wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat, Sabah, Rabu.

Replika cek pendapatan dan dividen itu telah diserahkan oleh Pengurus Besar LKTNS Datuk Syaheddrul R Joddari kepada wakil peneroka, Mohd Adzlie Jaidih (dua dari kanan) dan disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, pada majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah. 

Advertisement
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin. 

Menurut Syaheddrul, walaupun berdepan pelbagai cabaran, LKTNS kekal komited memastikan kebajikan peneroka dan peserta terpelihara melalui pengurusan berhemah serta strategi pembangunan yang mampan. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Katanya, agihan dividen dan pendapatan kepada 2,119 peneroka LKTNS ini juga sebagai tanda menyokong komitmen kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membasmi kemiskinan dan memperkukuh ekonomi masyarakat luar bandar. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here