Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Syarikat berkaitan kerajaan gagal catat untung akan ditutup
Published on: Friday, December 19, 2025
Published on: Fri, Dec 19, 2025
Text Size:
Text:
Syarikat berkaitan kerajaan gagal catat untung akan ditutup
Hajiji menyifatkan prestasi keseluruhan syarikat milik kerajaan negeri berada pada tahap sederhana dan masih di bawah potensi sebenar.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah yang gagal mencatatkan keuntungan selama lima tahun berturut-turut akan berdepan tindakan penutupan.

“GLC tidak menguntungkan akan disemak oleh Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (JPP-KKNS) dan perintah penutupan akan dikeluarkan sekiranya tiada prospek pemulihan dikenal pasti,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian dividen dan sumbangan GLC di Menara Kinabau, di sini, Rabu.

Advertisement
Pengumuman itu dibuat ketika jumlah keseluruhan dividen dan sumbangan daripada GLC Sabah tahun ini mencecah RM131.6 juta, menurun berbanding paras tertinggi RM156.31 juta yang direkodkan pada 2022.

Hajiji menyifatkan prestasi keseluruhan syarikat milik kerajaan negeri berada pada tahap sederhana dan masih di bawah potensi sebenar.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengeluarkan perintah penutupan sekiranya GLC terbabit tidak menunjukkan sebarang potensi untuk pulih,” katanya.

Di bawah peraturan yang diperketatkan, semua GLC dan badan berkanun diwajibkan mematuhi kadar minimum pembayaran dividen sedia ada iaitu 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai.

Advertisement
Mulai tahun hadapan, Kerajaan Negeri juga mengharapkan sumbangan tahunan antara RM2 juta hingga RM10 juta, bergantung kepada keupayaan dan prestasi setiap syarikat.

Beliau berkata ketua pegawai eksekutif, pengurus besar kumpulan dan pengurus besar perlu mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap suku tahunan terus kepadanya bermula 2026.

Advertisement
Menurutnya, laporan itu mesti memperincikan kemajuan projek, kedudukan kewangan, pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) serta tahap kecekapan operasi.

“Mana-mana pihak yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai KPI atau menunjukkan prestasi tidak memuaskan akan disemak kedudukannya, termasuk kemungkinan diganti atau ditamatkan perkhidmatan,” katanya.

Selain itu, Hajiji mengesahkan perancangan untuk merombak pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC bagi memperkukuh tadbir urus korporat serta akauntabiliti.

Walaupun mengiktiraf sumbangan kepimpinan terdahulu, beliau berkata perubahan itu perlu bagi memastikan transformasi yang berkesan.

“Kita mahu meningkatkan prestasi GLC selari dengan matlamat Sabah Maju Jaya 2.0. Objektif utama adalah menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang cekap dan dipercayai melalui pengurusan berintegriti bagi menjana pendapatan serta nilai lebih tinggi kepada rakyat dan negeri,” katanya.

Beliau turut menyeru ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi supaya bekerjasama secara padu dalam membuat keputusan dan perancangan strategik, sambil menekankan keperluan kepimpinan yang dinamik, profesional dan berorientasikan hasil.

Hajiji berkata sudah tiba masanya Sabah meneroka sektor baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan teknologi data bagi menepati hala tuju pertumbuhan global.

Beliau juga mengalu-alukan saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya agensi melantik Pegawai Integriti Bertauliah atau menubuhkan Unit Integriti sebagai mekanisme pemantauan dalaman bagi memastikan budaya kerja yang lebih bersih dan telus.

Pada majlis itu, Hajiji menerima replika cek berjumlah RM131.6 juta daripada pelbagai GLC dan badan berkanun.

Sumbangan terbesar disalurkan oleh SMJ Energy Sdn Bhd yang membayar RM50 juta dalam bentuk dividen serta RM1 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here