Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
LIGS digesa tingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan
Published on: Saturday, December 20, 2025
Published on: Sat, Dec 20, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
LIGS digesa tingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan
JAMAWI menyampaikan BMT kepada salah seorang penerima
Tenom: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan menyeru Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) supaya terus meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatannya kepada pekebun kecil getah.

“Ini bagi memastikan komuniti berkenaan dapat bersama-sama menikmati arus kemakmuran negeri dan negara,” kata Menterinya Datuk Jamawi Jaafar ketika merasmikan majlis penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 150 pekebun kecil getah di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini, pada Khamis.

Advertisement
Beliau berkata penambahbaikan berterusan oleh LIGS amat penting agar bantuan dan sokongan kerajaan dapat dimanfaatkan secara optimum oleh pekebun kecil, khususnya di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, Jamawi yang juga Adun Melalap berkata kementeriannya komited untuk memastikan segala perancangan yang digariskan dapat dilaksanakan dengan berkesan bukan sahaja untuk penduduk Dun Melalap, malah seluruh rakyat Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dalam pada itu, katanya, kementeriannya akan melaksanakan tiga inisiatif utama bermula tahun hadapan bagi memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan pendapatan rakyat yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri makanan.

Inisiatif pertama ialah memperkasakan Program Kebun Dapur yang dijangka mampu meningkatkan hasil pertanian isi rumah serta menggalakkan penglibatan masyarakat daripada pelbagai lapisan dalam sektor berkenaan.

Advertisement
Menurutnya, program berkonsepkan pengeluaran tanaman, perikanan dan ternakan berskala kecil itu akan dilaksanakan mengikut kesesuaian kawasan serta keupayaan isi rumah, sekali gus membolehkan rakyat memperoleh sumber makanan asas termasuk protein secara lebih kendiri.

“Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos sara hidup, malah menyokong usaha memastikan keselamatan dan kesinambungan bekalan makanan,” katanya.

Advertisement
Inisiatif kedua pula melibatkan pelaksanaan Program Mentor–Mentee Pertanian sebagai platform membimbing generasi muda untuk berkecimpung secara serius dalam bidang pertanian.

Jamawi berkata program itu akan mengenal pasti anak-anak muda yang aktif dalam sektor pertanian untuk dibimbing secara berstruktur, selaras usaha pemerkasaan rakyat dan pengukuhan keterjaminan makanan negeri.

Inisiatif ketiga adalah penggalakan Ekonomi Digital dalam kalangan usahawan industri makanan bagi meluaskan pasaran serta meningkatkan pendapatan pengusaha.

Beliau berkata seiring perkembangan ekonomi digital, penggunaan platform dalam talian diyakini mampu membantu pengusaha makanan memasarkan produk dengan lebih meluas, di samping membuka peluang kepada golongan muda berpotensi dalam bidang pemprosesan makanan menjana pendapatan mampan.

“Ketiga-tiga inisiatif ini akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan dan saya yakin ia mampu memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan sektor pertanian dan industri makanan negeri,” katanya. 

Merujuk kepada permintaan daripada penoreh-penoreh getah, Jamawi berkata satu kertas kerja akan dibuat oleh LIGS bersama pihak Kementerian bagi cadangan menaikkan subsidi Bantuan Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Kabinet yang akan datang.

Sejumlah 9,000 penoreh getah yang berdaftar di bawah LIGS.

Mengenai program itu, Jamawi merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur serta semua pihak terlibat dalam menjayakan program penyerahan bantuan kepada pekebun kecil getah di daerah berkenaan. 

Terdahulu, Jamawi melawat SK Melalap serta menyantuni guru-guru serta ibu bapa dalam majlis Apresiasi dan Graduasi sekolah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here