Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
JKR, DBKK tingkatkan penyelenggaraan rumput di Jalan Bundusan dan Lorong Bunga Matahari 1
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
JKR, DBKK tingkatkan penyelenggaraan rumput  di Jalan Bundusan dan Lorong Bunga Matahari 1
PEKERJA syarikat konsesi menjalankan kerja-kerja memotong rumput di bulatan Jalan Bundusan yang dihiasi pokok Krismas mini.
JABATAN Kerja Raya (JKR) akan mempergiatkan usaha menyelenggara kawasan tepi jalan di Jalan Bundusan manakala Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut memberi jaminan akan melakukan perkara sama di tanah rizab di kedua-dua belah Lorong Bunga Matahari 1.

Tindakan berkenaan susulan maklum balas daripada seorang penunggang kenderaan di Penampang dan seorang lagi di Likas yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kekurangan penyelenggaraan landskap di kedua-dua laluan berkenaan.

Advertisement
Pemandu dari Penampang mengadu keadaan bulatan di persimpangan antara Jalan Lintan, Lorong Bundusan Villa dan Jalan Bundusan yang kelihatan tidak terurus.
Beliau berkata hiasan pokok Krismas mini yang diletakan di tengah-tengah bulatan hampir tidak kelihatan kerana dilitupi rumput panjang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pokok plastik itu dipercayai diletakan oleh seorang netizen berjiwa kreatif selaras dengan trend semasa di media sosial untuk menceriakan bulatan jalan raya di sekitar negeri ini.

RUMPUT di bahu jalan di kedua-dua belah Lorong Bunga Matahari 1 lazimnya dipotong pada minggu kedua setiap bulan.Pemandu tersebut pada awalnya menyangka tanggungjawab memotong rumput di bulatan Jalan Bundusan terletak di bawah Majlis Perbandaran lalu menyalahkan agensi berkenaan kerana mengutip cukai pintu tanpa memberikan perkhidmatan sewajarnya.

Advertisement
Sementara itu seorang pengguna jalan raya di Likas pula mengeluh tentang bahaya trafik yang berpunca daripada rumput panjang di Lorong Bunga Matahari 1 yang menyukarkan pemandu mengemudi kenderaan di selekoh tajam serta melihat kenderaan dari arah bertentangan.

Aduan kedua-dua individu itu telah disalurkan kepada Majlis Perbandaran, JKR dan DBKK.

Advertisement
Jurucakap Majlis Perbandaran menafikan dakwaan bahawa pihaknya cuai dalam melaksanakan tanggungjawab menyelenggara bulatan tersebut sambil menjelaskan bahawa struktur berkenaan bukan di bawah bidang kuasa majlis.

“Jalan Bundusan tidak tersenarai dalam daftar jalan Majlis. Oleh itu kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang isu berkaitan struktur trafik di laluan tersebut termasuk bulatan berkenaan.

KAKITANGAN Landskap Dewan Bandaraya membersihkan sisa potongan rumput selepas kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan awam  di laluan Likas ini dijalankan.“Adalah tidak adil untuk menyalahkan Majlis atas rumput panjang di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada JKR dan itu sahaja yang mampu dilakukan memandangkan jalan tersebut diselenggara oleh jabatan berkenaan.

Sementara itu jurucakap JKR mengesahkan laluan sepanjang kira-kira 3.5 kilometer yang menghubungkan persimpangan Jalan Penempatan dan Jalan Penampang berada di bawah seliaan jabatan itu.

Menurutnya penyelenggaraan rumput di bahu jalan dan bulatan berkenaan dijalankan secara bulanan oleh syarikat konsesi yang dilantik.

“Kebiasaanya kerja-kerja pemotongan rumput dilakukan pada minggu terakhir setiap bulan mengikut jadual penyelenggaraan. Namun sebarang aduan yang diterima di luar tempoh itu tetap akan diambil tindakan,” jelasnya.

Beliau menambah bulatan berkenaan telah diselenggara pada hari yang sama selepas pihak JKR dihubungi media.

“Tiga pekerja syarikat konsesi memotong rumput di bulatan itu sebelum mengangkut sisa potongan menggunakan sebuah lori terbuka,” katanya.

Bagi Lorong Bunga Matahari 1 jurucakap Jabatan Landskap DBKK berkata Unit Pemotongan Rumput telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di laluan tersebut pada awal Disember.

“Seramai 10 anggota Landskap memotong rumput dan membersihkan sisa potongan di sepanjang jalan yang merangkumi jarak kira-kira 509 meter.

“Sisa potongan itu kemudian diangkut menggunakan lori terbuka milik DBKK,” ujarnya.

Menurut beliau lagi seorang pegawai turut membuat pemeriksaan susulan beberapa hari kemudian bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan sempurna.

“Rumput di kawasan awam ini dipotong mengikut jadual. Jika cuaca mengizinkan kami biasanya menyelenggara jalan-jalan di kawasan Likas pada minggu kedua setiap bulan,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here