Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Papa Zola kutip RM25 juta tempoh 11 hari tayangan
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Papa Zola kutip RM25 juta tempoh 11 hari tayangan
Salah satu babak dalam filem animasi Papa Zola The Movie.
FILEM animasi Papa Zola The Movie terbitan Monsta Studio dan Astro Shaw berjaya mengutip RM25.6 juta untuk 11 hari tayangan. 

Lebih membanggakan apabila kejayaan ini meletakan Papa Zola The Movie berada dikedudukan nombor satu carta Top 10 GSC sekali gus menyaksikan filem tempatan mengetepikan francais besar antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy.

Advertisement
Pengarah merangkap penulis Papa Zola The Movie berkata pihaknya percaya penonton daripada pelbagai lapisan usia khususnya seisi keluarga mengambil peluang untuk menonton bersama apatah lagi musim cuti persekolahan sudah bermula.

“Bermulanya musim cuti persekolahan turut membuka ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama dan kami bersyukur Papa Zola The Movie dipilih sebagai antara aktiviti percutian menonton bersama keluarga di pawagam. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Lebih bermakna sambutan ini digerakan oleh perkongsian pengalaman penonton sendiri. Fenomena ‘demam kebenaran’ ini membuktikan bahawa sokongan organik terhadap filem tempatan mampu mendorong lebih ramai penonton untuk menyokong karya anak tempatan”

Sementara itu Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya amat berbesar hati dan bersyukur atas pencapaian Papa Zola The Movie. 

Advertisement
Beliau berkata dalam persaingan sengit dengan pelbagai filem baharu daripada francais popular Hollywood kejayaan berkenaan membuktikan bahawa filem tempatan mampu memberi saingan yang kuat. 

“Pencapaian ini sekali gus mencerminkan keupayaan industri kreatif tempatan untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang relevan dengan citarasa penonton pelbagai lapisan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu siri jelajah hujung minggu lalu diadakan di Perlis, Penang, Kedah, Perak dan Lembah Klang. 

Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency). 

Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya Pipi diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.

ANTARA babak dalam filem animasi Papa Zola The Movie.Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei dan bakal melangkah panggung antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here