Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Sistem parkir pintar: Majlis digesa beri tempoh kelonggaran
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Sistem parkir pintar: Majlis digesa beri tempoh kelonggaran
Yap berkata menerusi pelaksanaan sistem itu Tawau menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) keempat di Sabah yang melaksanakan sistem parkir pintar dan segala urusan kutipan caj parkir akan dikendalikan sepenuhnya oleh MPT menggantikan peranan Tawau Carpark Sdn Bhd sebelum ini.
TAWAU: Majlis Perbandaran Tawau (MPT) digesa agar memberikan tempoh kelonggaran sekurang-kurangnya tiga bulan berhubung pelaksanaan Sistem Smart Parking yang dijadualkan bermula 1 Januari 2026. 

Pelaksanaan sistem itu adalah selaras dengan pewartaan Uniform Vehicle Parking By-law 2023 yang menggantikan MPT Parking By-law 1982. 

Advertisement
Ahli Jawatankuasa DAP Sabah Philip Yap berkata menerusi pelaksanaan sistem itu Tawau menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) keempat di Sabah yang melaksanakan sistem parkir pintar dan segala urusan kutipan caj parkir akan dikendalikan sepenuhnya oleh MPT menggantikan peranan Tawau Carpark Sdn Bhd sebelum ini.

Menurutnya pelaksanaan sistem terbabit melibatkan penggunaan aplikasi Smart Parking MPT yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar manakala kaedah lama menggunakan tiket parkir fizikal akan dihentikan sepenuhnya sejajar dengan usaha pendigitalan perkhidmatan majlis.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Seiring dengan itu juga katanya kawasan parkir berbayar akan diperluaskan ke beberapa kawasan komersil termasuk kawasan Pusat Komersil Unijaya, Pusat Komersil Gaya, Pusat Komersil Taipan, Jalan Budi serta Pertama Kompleks (Takada).

Namun begitu Philip berkata beliau menerima banyak maklum balas dan rungutan daripada orang awam khususnya warga emas serta individu kurang celik digital yang bimbang bakal berdepan kesukaran menggunakan aplikasi parkir pintar ini.

Advertisement
Sehubungan itu katanya beliau berhubung dengan pihak MPT dan dimaklumkan bahawa walaupun sistem lama akan dihentikan namun pihak majlis akan menyediakan alternatif dengan menjual kupon tiket gores sebagai pilihan kepada pengguna yang tidak menggunakan aplikasi telefon pintar.

Dalam masa yang sama Philip mencadangkan agar MPT mempertimbangkan pemberian tempoh kelonggaran sekurang-kurangnya tiga bulan pada peringkat awal pelaksanaan sistem itu. 

Advertisement
“Dalam tempoh tersebut tindakan pengeluaran saman ke atas kenderaan yang gagal membuat bayaran parkir wajar ditangguhkan dan sebaliknya pendekatan pendidikan perlu diutamakan,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar notis panduan penggunaan aplikasi Smart Parking diletakan pada kenderaan supaya pengguna mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan sistem baharu berkenaan.

Mengulas lanjut beliau berkata pelaksanaan teknologi baharu harus bersifat inklusif kerana matlamatnya bukan untuk menyukarkan rakyat tetapi untuk memudahkan. 

Oleh itu beliau melihat tempoh penyesuaian amat penting supaya semua lapisan masyarakat dapat menerima dan menggunakan sistem ini dengan baik. 

Tambahnya beliaupun akan terus memantau perkembangan pelaksanaan Smart Parking MPT demi memastikan kebajikan serta keselesaan pengguna parkir di Tawau sentiasa diberi keutamaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here