PADA mulanya, tidak ada sedikit pun rasa takjub apatah lagi kagum dengan cerita yang didengar mengenai serangga ini.
Bagi kita yang tinggal di Sabah, yang sememangnya kaya dengan pelbagai spesies serangga termasuk tumbuhan di hutan hujan tropika, kita sudah tentu terbiasa mendengar mengenainya walaupun sebenarnya kita langsung tidak pernah melihatnya.
Malah, ketika mendengar cerita tentang keterujaan dan teriakan girang pelancong asing terutamanya yang datang dari negara Barat dan Asia seperti China, Korea, Taiwan dan Jepun semasa menyaksikan serangga ini di waktu malam, penulis masih tetap skeptikal.
Namun terdetik di dalam hati rasa ingin tahu apakah keistimewaan serangga ini hingga mampu membuat sesiapa saja merasa kagum dengan kehadirannya.
Advertisement





