Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Wan Wala kekal relevan di platform digital
Published on: Monday, December 29, 2025
Published on: Mon, Dec 29, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Wan Wala kekal relevan di platform digital
WAJAHNYA mungkin jarang menghiasi kaca televisyen seperti suatu ketika dahulu namun artis komedi Wan Wala (gambar) membuktikan dirinya masih kekal relevan dalam arena hiburan menerusi platform digital serta aktiviti kemasyarakatan.

Pemilik nama sebenar Wan Mustapha Muntek yang berasal dari Kota Belud itu kini memilih laluan berbeza dalam meneruskan kerjaya seni apabila lebih menumpukan perhatian kepada penghasilan kandungan komedi di media sosial.

Advertisement
Dibesarkan dalam persekitaran sederhana pengalaman hidup banyak mempengaruhi gaya komedinya yang bersahaja dan dekat dengan realiti masyarakat.

Gemar menggunakan loghat tempatan Sabah yang menjadi identiti tersendiri Wan ketika ini lebih selesa berkarya secara bebas tanpa terlalu bergantung kepada platform televisyen seiring perubahan landskap hiburan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menerusi Instagram dan TikTok Wan aktif menghasilkan video sketsa pendek, lawak spontan serta parodi situasi kehidupan seharian yang mudah difahami pelbagai lapisan penonton.

“Sekarang orang lebih banyak tengok telefon. Media sosial bagi saya ruang untuk berkarya dengan lebih jujur dan dekat dengan peminat.

Advertisement
“Walaupun kandungan dihasilkan dalam bentuk ringkas namun mesej hiburan tetap menjadi keutamaan.

“Saya buat lawak yang santai dan mudah. Asalkan orang boleh senyum dan lupakan sekejap masalah itu sudah cukup bagi saya,” katanya.

Advertisement
Mengulas lanjut Wan memaklumkan selain aktif di media sosial dirinya turut menerima undangan sebagai pengacara dan penghibur jemputan dalam pelbagai program dan acara komuniti khususnya di sekitar Sabah.

Menurutnya yang mula mencipta nama menerusi program realiti Raja Lawak, Wan menyatakan penglibatan secara langsung bersama masyarakat memberi kepuasan berbeza berbanding kemunculan di televisyen.

“Bila turun padang jumpa orang ramai saya rasa lebih dekat dengan mereka. 

“Itu yang buat saya terus semangat,” katanya.

Menariknya Wan juga aktif membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO).

Ujarnya penglibatan dalam kerja sosial adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai anak seni.

“Kalau ada rezeki dan peluang saya rasa wajib untuk kita kongsi dan bantu masyarakat.

“Pendekatan seperti ini secara tidak langsung memperlihatkan sisi berbeza saya sebagai seorang artis yang bukan sekadar mengejar populariti sebaliknya mahu memberi nilai tambah kepada komuniti,” katanya melihat kurangnya muncul di kaca televisyen sebagai satu pengunduran dalam kerjayanya. 

Wan sebaliknya menyifatkan keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan trend hiburan membuktikan dirinya masih relevan dan matang dalam mengatur perjalanan seni.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here