Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kastam Labuan sita 55 kereta bernilai RM7.12 juta
Published on: Tuesday, December 30, 2025
Published on: Tue, Dec 30, 2025
Text Size:
Text:
Kastam Labuan sita 55 kereta bernilai RM7.12 juta
ASPAILA menunjukkan sebahagian kereta yang disita.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan telah menyita 55 kenderaan bernilai RM7.12 juta termasuk cukai, susulan beberapa siri operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Sabah dan Sarawak setakat hari ini bermula Januari lepas.

Pengarah Kastam Labuan Aspaila Ag Tuah berkata sitaan itu dilakukan oleh pasukan operasi penguatkuasaan jabatan berkenaan yang menyasarkan pemilik kenderaan yang melanggar syarat di bawah Perkara 14 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.

Advertisement
“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 55 kes telah direkodkan dengan nilai keseluruhan sitaan termasuk cukai berjumlah RM7,117,025.23,” katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata di bawah Perkara 14, kenderaan yang dibeli di pulau bebas cukai seperti Langkawi dan Labuan dibenarkan dibawa masuk ke Kawasan Utama Kastam (bukan pulau bebas cukai) bagi tempoh tidak melebihi 90 hari dalam satu tahun kalendar.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Siasatan mendapati kesemua kenderaan dibawa masuk ke Kawasan Utama Kastam menggunakan kemudahan yang diberikan di bawah pengecualian tersebut namun tidak dibawa pulang ke pulau bebas cukai selepas tempoh yang dibenarkan berakhir,” katanya.

Aspalila berkata kesemua kenderaan pelbagai jenama itu telah disita dan sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Advertisement
Antara kenderaan mewah yang disita ialah Toyota Alphard, Toyota Vellfire, BMW, Mercedes-Benz, Audi Q7 dan Mini Cooper manakala kenderaan lain pula termasuk Toyota Fortuner, Honda, Subaru, Toyota Avanza, Toyota Unser, Toyota Vios, Hyundai Tucson, Chevrolet, Nissan Sentra, Mitsubishi ASX, Perodua serta Mazda Skycity.

Beliau turut menggesa orang ramai agar bekerjasama dengan JKDM dalam membanteras aktiviti penyeludupan termasuk yang membabitkan rokok, minuman keras, dadah dan kenderaan.

Advertisement
“Aktiviti penyeludupan bukan sahaja mengakibatkan ketirisan hasil negara malah turut mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Aspalila berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan melalui talian bebas tol Kastam di 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat Kastam terdekat, dengan jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here