Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Deedee bakal bawa 'vibe' segar di Morning Kinabalu
Published on: Thursday, January 01, 2026
Published on: Thu, Jan 01, 2026
Text Size:
Text:
Deedee bakal bawa 'vibe' segar di Morning Kinabalu
Deedee (tengah) bersama barisan penyampai KupiKupi FM iaitu Felix, Nera, Velvet, Boy Vanz dan Darel.
KOTA KINABALU: KupiKupi FM Sabah, pada Khamis, mengumumkan Deedee Cassandra Dallius sebagai penyampai baharu segmen pagi Morning Kinabalu, menggantikan Niz dan bergandingan bersama Felix bermula 5 Januari ini.

Pelantikan itu menyaksikan Deedee mengendalikan segmen popular berkenaan dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi, membawa suara dan personaliti baharu kepada pendengar setia stesen tersebut.

Advertisement
Ketua Pegawai Eksekutif Ooga X, Lester Miol, berkata pemilihan Deedee dibuat berdasarkan bakat dan keperibadiannya yang diyakini mampu menyuntik kelainan kepada segmen pagi itu.

Lester berkata langkah itu selari dengan komitmen KupiKupi FM Sabah untuk memberi ruang kepada bakat tempatan berkembang sambil membina hubungan lebih dekat dengan pendengar melalui pendekatan santai dan berteraskan budaya Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Selain bergelar penyampai radio, Deedee yang juga pemenang tempat ketiga Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2022 diharap dapat membawa vibe segar bersama Felix, melengkapkan barisan penyampai sedia ada stesen berkenaan - Velvet, Nera, Darel dan Boy Vanz.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here