Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pengedar syabu dipenjara seumur hidup
Published on: Wednesday, January 07, 2026
Published on: Wed, Jan 07, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pengedar syabu dipenjara seumur hidup
Low disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 52 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi pada Selasa selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 712.2 gram empat tahun lalu.

Tertuduh Low Khoong Kit didapati bersalah oleh Hakim Datuk Celestina Stuel Galid kerana melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2022 kira-kira jam 2.05 petang di tingkat bawah One Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, Manggatal.

Advertisement
Low disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Hakim Celestina menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tertuduh yang ditafsirkan sebagai penjara selama 30 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkapannya. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Low bagaimanapun terlepas daripada hukuman sebatan memandangkan usianya melebihi 50 tahun.

Sepanjang perbicaraan tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani manakala tertuduh diwakili peguam Chong Kian Ming.

Dalam perkembangan berkaitan Mahkamah Majistret turut menjatuhkan hukuman terhadap lima individu kerana memiliki syabu.

Advertisement
Md Asrip Rajik, Rosli Mataril, Sarah, Md Aidil Mustakim dan Abadil Juli mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan memiliki syabu seberat antara 2.51 gram hingga 0.03 gram.

Asrip dijatuhi hukuman penjara 13 bulan manakala Aidil dan Rosli masing-masing dipenjara lapan bulan.

Abadil dan Sarah pula masing-masing dihukum penjara tujuh bulan.

Mahkamah turut memerintahkan Asrip, Abadil, Sarah dan Rosli dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Kelima-lima tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here