Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Warga emas antara dua ditahan miliki dadah
Published on: Wednesday, January 07, 2026
Published on: Wed, Jan 07, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Warga emas antara dua ditahan miliki dadah
LAHAD DATU: Seorang warga emas antara dua lelaki yang ditahan polis kerana memiliki dadah pada Isnin.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata kedua-dua suspek ditahan dalam operasi berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Advertisement
Suspek pertama, seorang lelaki berusia 73 tahun, ditahan kira-kira jam 10.30 pagi di Kampung Sarang Burung, Jalan Lahad Datu–Tungku.

“Hasil pemeriksaan mendapati polis menemui bahan yang disyaki Syabu dalam milikannya. Suspek juga didapati positif penyalahgunaan dadah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Suspek kedua, seorang lelaki berusia 51 tahun, ditahan di Jalan Dam. Suspek bukan sahaja didapati memiliki Syabu, malah turut disahkan positif mengambil dadah,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
Beliau menambah operasi itu mencerminkan komitmen Ibu Pejabat Polis Lahad Datu dalam membanteras aktiviti jenayah termasuk dadah di daerah ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here