Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Konsert Kita Orang Ranau satukan komuniti setempat
Published on: Friday, January 09, 2026
Published on: Fri, Jan 09, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Konsert Kita Orang Ranau satukan komuniti setempat
MASIDI (tengah) bersama Stacy dan artis lain bergambar dengan para penonton pada konsert tersebut.
KEMUNCAK Konsert Kita Orang Ranau yang berlangsung baru-baru ini mencatat suasana penuh bertenaga dan meriah apabila menerima sambutan amat menggalakkan daripada kira-kira 1,000 penduduk setempat.

Berlangsung di Kompleks Pentas Budaya Ranau konert berkenaan menampilkan barisan artis terkenal kelahiran Sabah antaranya Stacy, S Welly dan Dabra Sia.

Advertisement
Acara turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan yang semakin meningkat naik seperti Amsler, Fandy James, Ain Fariesha, Run Now, Tanak Ranahon, Tuni Sundatang dan lain-lain.

Dirasmikan oleh Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (dun) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun malam terbabit sekali gus menandakan kemuncak penganjuran Konsert Kita Orang Ranau.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.

 ANTARA artis-artia yang membuat persembahan pada Konsert Kita Orang Ranau.Suasana bertambah gamat dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah motosikal seterusnya meningkatkan keterujaan para pengunjung.

Advertisement
Sebelum konsert pelbagai acara dan aktiviti telah dianjurkan termasuklah Kejohanan Mobile Legends yang diadakan dalam suasana kesukanan, persaingan sihat serta mendapat sokongan padu daripada komuniti setempat.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Program Konsert Kita Orang Ranau M Sharin Mujin.

Advertisement
Sementara itu, ratusan pengunjung turut membanjiri Program Ranau Free Market (RFM) yang diadakan bersempena Konsert Kita Orang Ranau di Pentas Budaya Daerah lebih awal.

RFM merupakan inisiatif pemberian barangan secara percuma tanpa melibatkan sebarang aktiviti jual beli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here