Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Banjir kilat: Masidi arah tindakan segera
Published on: Monday, January 12, 2026
Published on: Mon, Jan 12, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Banjir kilat: Masidi arah tindakan segera
SUKARELAWAN 4x4 menunda kenderaan yang ditenggelami air banjir.
RANAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun mengarahkan tindakan segera diambil termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem saliran sungai susulan banjir kilat yang melanda Kg. Mohimboyon dan Kg. Lipantai di sini pada Jumaat.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan berkata, langkah segera itu termasuk membersihkan sistem perparitan, memasang paip pembetung baharu, menambah baik laluan aliran air dan membaiki kemudahan awam yang terjejas bagi mengurangkan risiko banjir berulang.

Advertisement
Beliau berkata, tindakan itu amat penting bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

“Keselamatan orang ramai tetap keutamaan kami. Langkah pencegahan mesti diambil dengan pantas untuk meminimumkan risiko banjir pada masa hadapan dan melindungi nyawa dan harta benda,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika kejadian, sebanyak 19 kenderaan yang terperangkap selepas jalan raya ditenggelami air berjaya diselamatkan oleh sukarelawan pacuan empat roda (4WD) dari Kelab Pacuan Empat Roda Kundasang Highland (KH4WDC), Garaj Kilimu (KGR) dan 4X4 Tentera Merah.

Polis turut dikerahkan memantau keadaan di kedua-dua kampung bagi memastikan keadaan terus terkawal dan keselamatan penduduk terpelihara.

Advertisement
Tambah Masidi, Pusat Khidmat Dun Karanaan sentiasa bersiap sedia untuk memantau perkembangan dan memberi bantuan kepada kawasan yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat, sambil menegaskan bahawa penyelarasan dengan agensi berkaitan akan diteruskan bagi memastikan respons tepat pada masanya dan penyampaian bantuan yang berkesan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here