TAWAU: Pendekatan kerjasama strategik dengan kementerian lain di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri akan diusahakan dalam rangka membangun dan mengembangkan sektor ekonomi kreatif.
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata pendekatan itu bertujuan melonjakkan keupayaan industri kreatif negeri dengan memberi tumpuan khusus kepada bakat tempatan.
“Saya telah menggariskan fokus dan hala tuju kementerian bagi memastikan program yang lebih tersusun dapat diwujudkan dengan penglibatan anak-anak Sabah,” katanya.
Nizam berkata demikian selepas menyempurnakan Program Permulaan Sesi Persekolahan 2026 dan Majlis Pengagihan Sumbangan Beg Sekolah di Kampung Titingan, di sini, Sabtu.
Advertisement





