Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pemilik syarikat didenda operasi tanpa lesen
Published on: Wednesday, January 14, 2026
Published on: Wed, Jan 14, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pemilik syarikat didenda operasi tanpa lesen
Siti Sharizah didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Agensi Persendirian 1971 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama, memperuntukan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pemilik syarikat didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret pada Selasa kerana mengendalikan sebuah agensi persendirian tanpa lesen sah.

Tertuduh Siti Sharizah Samsudin, 38, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan mengendalikan agensi persendirian atas nama Syarikat Perkhidmatan DK tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis perniagaan di KK Plaza kira-kira jam 2.30 petang pada 26 Jun 2025.

Siti Sharizah didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Agensi Persendirian 1971 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama, memperuntukan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah dimaklumkan bahawa pegawai penguatkuasa KDN telah menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan pada 24 Jun 2025 dan mendapati empat pengawal keselamatan serta seorang penyelia yang mendakwa bekerja dengan Syarikat Perkhidmatan DK.

Pemeriksaan lanjut melalui sistem eSIMS KDN mendapati syarikat berkenaan tidak berdaftar dan beroperasi secara haram tanpa lesen yang sah.

Advertisement
Selain itu pengawal keselamatan terbabit juga gagal mengemukakan pas keselamatan yang sah serta tidak mematuhi keperluan pemakaian uniform yang ditetapkan.

Siasatan lanjut mendapati Siti Sharizah merupakan pengarah dan pemilik Syarikat Perkhidmatan DK.

Advertisement
Dalam rayuanya tertuduh memohon hukuman diringankan dengan alasan mempunyai banyak komitmen serta merupakan pesalah pertama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here