Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Main Dojo SKA kekal dominasi dengan kejuaraan hatrik
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Main Dojo SKA kekal dominasi dengan kejuaraan hatrik
PASUKAN Main Dojo SKA disamping piala dan pingat kemenangan mereka.
Kota Kinabalu: Main Dojo Persatuan Karate Sabah (SKA) merangkul kejuaraan keseluruhan untuk tahun ketiga berturut-turut pada Kejohanan Karate B-14, Kadet, Remaja dan B-21 Negeri Sabah ke-23 yang berlangsung di Dewan Sri Putatan pada hujung minggu.

Mereka memenangi sejumlah 12 emas, tujuh perak dan enam gangsa untuk mengungguli pungutan pingat.

Advertisement
Pemenang pingat emas mereka ialah Nur Ain Humairah Abdul Rahman (kata individu kadet perempuan), Ivy Catrinaz Zurizal (kumite kadet perempuan 54kg), kata berpasukan A lelaki remaja, Danish Rayyan Rajis (kata individu kadet lelaki dan kumite -57kg kadet lelaki), pasukan kumite ekstra lelaki, Nur Rasyiqah Fariah Razmi (kata individu perempuan junior), Adlin Vince Viceroy (kata individu lelaki junior, kumite lelaki junior -61kg) dan Habib Luthfi Habib Taha (kata individu lelaki B-14. Pingat perak pula disumbangkan Lashea Quisha Lumbidan Songping, pasukan kata kadet remaja lelaki B, Mohd Afiq Hazriq Sedry, Bibi Aysha Muhd ​​Zain (dua), Lelaki Ryyen Ryye Gerrard Rojin, Diane Dane Cahilap dan Mickail Zaquaan Zurizal manakala gangsa dimenangi oleh pasukan kata berpasukan perempuan kadet junior, Neyo Xiao Le, Caleb Zi Xuan, kumite ekstra berpasukan perempuan, Vincent Veshawn dan Eddel Jerry Jaimun.

Kejohanan itu menyaksikan seramai 367 atlet daripada 26 pasukan bertanding selama empat hari. Dalam kedudukan keseluruhan, tempat kedua disandang SKA Penampang dengan 11 emas, tujuh perak dan 10 gangsa diikuti Kelab Karate Kompleks Sukan Keningau dengan lima emas, enam perak dan 10 gangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis penutup disempurnakan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here