Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Sabah pincang tanpa Stuart: Alto
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah pincang tanpa Stuart: Alto
DARREN cuba melepaskan diri dari kawalan dua pemain Kelantan.
Kota Kinabalu: Sabah FC tunduk dengan kekalahan 2-3 kepada Kelantan The Real Warriors FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Selasa.

Tuan rumah mendahului seawal minit keenam melalui Alexandre Yeole, yang mudah menolak bola masuk dari jarak dekat selepas Damien Lim menampan percubaan sebelumnya.

Advertisement
Sabah FC menampilkan tindak balas pantas apabila Darren Lok menyamakan kedudukan, memanfaatkan hantaran silang Dane Ingham tiga minit berselang.

Bagaimanapun, mereka gagal mengekalkan rentak untuk terus mengasak lawan, sebaliknya Kelantan yang berjaya menjaringkan gol seterusnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semen Lyngbo menanduk masuk gol kedua pasukannya dalam perlawanan itu selepas pergelutan di depan gawang pada minit ke-16 dan pasukan tuan rumah melebarkan jurang kelebihan mereka pada minit ke-23 apabila Ashraff Yasin melakukan hantaran jauh untuk menewaskan Damien, yang keluar dari garisan dan gagal menghalang bola.

Kemasukan Gabriel Peres pada awal babak kedua menstabilkan pertahanan Sabah FC yang goyah.

Advertisement
Bagaimanapun, walaupun banyak peluang menjaringkan gol, pasukan itu hanya mampu memperolehi satu gol lewat pada masa kecederaan menerusi Ajdin Majugic, yang menyempurnakan sepakan penalti selepas dikasari penjaga gol.

Penolong ketua jurulatih Alto Linus berkata pasukan itu pincang tanpa kehadiran Stuart Wilkins, yang telah bermain perlawanan terakhirnya bersama Sabah FC ketika menentang Kuala Lumpur FC minggu lalu untuk kembali ke Johor Darul Ta’zim FC.

Advertisement
“Kehilangan Stuart memberi impak besar kepada pasukan malam ini dan juga ketiadaan Gary Robbat yang digantung perlawanan.

“Akibatnya, kami tidak dapat bermain corak permainan biasa dan mengalami, terutamanya pada separuh masa pertama. Petanda positifnya ialah pemain cuba sedaya upaya untuk bangkit pada separuh masa kedua,” katanya.

Alto turut mendedahkan pihak pengurusan sedang giat mencari pengganti Stuart dan Daniel Ting menjelang aksi Piala Malaysia menentang Melaka FC Sabtu ini di Stadium Hang Jebat.

“Kami memerlukan pemain untuk memantapkan skuad terutama dalam posisi Stuart. Kami ada berbincang dengan beberapa pemain termasuk import dan semoga proses pengambilan akan berjalan lancar dan cepat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here