Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
DBKK pertingkat penyelenggaraan lampu jalan di Luyang, Likas dan Kolombong
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK pertingkat penyelenggaraan lampu jalan di Luyang, Likas dan Kolombong
KAKITANGAN kontraktor memeriksa keadaan lampu di Karamunsing.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang memantau keadaan lampu jalan di Luyang, Likas dan Kolombong bagi memastikan orang awam tidak terganggu akibat pencahayaan yang lemah di kawasan ini.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan berkata kontraktor elektrik telah diminta membuat pemeriksaan berkala ke atas lampu jalan di Jalan Sang Kancil, Jalan Bangka-Bangka dan Jalan Mangga.

Advertisement
Sebahagian kabel aluminium PVC sepanjang 16 milimetre di Jalan Sang Kancil sejauh 50 meter yang melintasi bukit didapati putus. 

TINDAKAN membaiki kabel putus di Jalan Sang Kancil.Pasukan kontraktor telah menggantikan kabel tersebut, menukar empat lampu jalan yang rosak dan membaiki kebocoran kabel pada panel kawalan lampu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kerosakan kabel dipercayai berlaku akibat angin kencang sebelum hujan lebat. 

Selain itu pokok-pokok dan ranting panjang di beberapa lokasi menghalang cahaya lampu daripada menembusi sepenuhnya. Pemerhatian ini telah disalurkan kepada Jabatan Landskap (LD).

Advertisement
Seorang jurucakap LD berkata pasukan Unit Pokok telah memangkas ranting yang menghalang lampu sepanjang 212.5 meter di Jalan Kebajikan, menggunakan chainsaw dan bantuan skylift serta lori tipper. 

JURUTEKNIK memeriksa lampu rosak di Jalan Bangka-Bangka.Kerja-kerja di Jalan Sang Kancil Hill akan dijalankan kemudian. Penyelenggaraan pokok dijalankan secara ad hoc mengikut keperluan namun kakitangan sentiasa diminta memantau keadaan lampu.

Advertisement
Di Jalan Bangka-Bangka pekerja kontraktor membaiki beberapa lampu rosak sepanjang 622.9 meter termasuk menukar “timer”, “ballast”, “ignitor” dan lima lampu 150 watt yang rosak.

Bagi Jalan Mangga juruteknik menetapkan semula MCB 63 Miniature Circuit Breaker (2p) pada panel kawalan lampu sepanjang 668 meter dari Jalan Lintas ke persimpangan Jalan Kolombong. 

PEKERJA landskap memangkas  pokok di Jalan Kebajikan.MCB berfungsi menghalang bahaya elektrik dengan mengesan arus tidak normal dan litar pintas.

Kontraktor turut melakukan ujian pada waktu siang dan malam untuk memastikan lampu berfungsi dengan baik serta memantau kawasan bermasalah beberapa hari selepas itu. 

Tiada lampu rosak dilaporkan namun pengawasan malam diperketatkan demi keselamatan pemandu yang menggunakan jalan-jalan ini setiap hari.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here