Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lebih 500kg ikan segar percuma ‘laku keras’
Published on: Friday, January 16, 2026
Published on: Fri, Jan 16, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lebih 500kg ikan segar percuma ‘laku keras’
INISIATIF itu mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat, yang tidak menyangka akan menerima tawaran ikan percuma. – fotoBERNAMA
KINABATANGAN: Lebih 500 kilogram (kg) ikan segar seperti selar, selayang dan sardin yang ditawarkan secara percuma oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ‘laku keras’ dalam tempoh singkat sempena Program Sentuhan Agro Madani @ Kinabatangan, pada Khamis.

Inisiatif itu mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat yang tidak menyangka tawaran ikan percuma diumumkan oleh Menteri Pertanian dan

Advertisement
Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika beliau membuat tinjauan di reruai tersebut selepas merasmikan program berkenaan di sini.

Reruai Lembaga Pertubuhan Peladang Kinabatangan turut mencuri tumpuan penduduk apabila 200 pek Kombo Madani mengandungi barangan keperluan asas seperti tepung gandum, gula, garam, minyak masak, bawang merah dan mi kering habis terjual pada harga RM5 menerusi slot Happy Hour dalam tempoh yang singkat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Suri rumah Hamidah Baharuddin, 50, dari Kampung Sungai Rotan, bersyukur dan tidak menyangka ada tawaran ikan percuma kerana beliau terlebih dahulu membeli sumber protein itu sebanyak 6kg pada harga promosi RM5.

“Apabila mendapat tahu mengenai tawaran percuma, saya pun tidak melepaskan peluang untuk turut sama beratur... harga ikan di sini mahal, jadi inisiatif seperti ini sangat membantu untuk kami menjimatkan perbelanjaan,” katanya kepada Bernama.

Advertisement
Hamidah juga berkata beliau memperuntukkan RM200 bagi membeli barangan keperluan asas lain seperti beras dan barangan basah termasuk ayam untuk kegunaan selama dua minggu pada program jualan tersebut.

Noraini Sijari, 47, dari Kampung Nusa Jaya, pula berkata program jualan pek makanan Kombo Madani merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Kinabatangan yang nyata memberi kelegaan buat golongan suri rumah sepertinya.

Advertisement
Beliau menyifatkan program itu sebagai langkah efektif dalam meringankan beban kos sara hidup malah tidak melepaskan peluang membeli tiga pek makanan memandangkan harganya yang jauh lebih murah dan berbaloi berbanding harga pasaran biasa.

Noraini berkata pek makanan itu bukan sahaja menjimatkan malah mampu menampung keperluan dapur keluarganya bagi tempoh satu hingga dua minggu sekali gus membantu pengurusan perbelanjaan bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Saya berharap program jualan seperti ini diperbanyakkan lagi sebagai inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Berlangsung di Dataran Terbuka pekan Kota Kinabatangan, penganjuran program Sentuhan Agro Madani itu mencerminkan pendekatan kerajaan lebih inklusif, bersifat mendengar serta bertindak selaras dengan nilai teras Madani yang menekankan kesejahteraan rakyat, hormat dan keadilan sosial.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here