Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Universiti Malaysia Sabah, Universitas Borneo Tarakan meterai perjanjian
Published on: Friday, January 16, 2026
Published on: Fri, Jan 16, 2026
By: Mohd Izham Bin Hashim
Text Size:
Text:
Universiti Malaysia Sabah, Universitas Borneo Tarakan meterai perjanjian
KASIM (tiga dari kiri) bersama Mohamad (tiga dari kanan) selepas majlis menandatangani MoA antara UMS dan UBT.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universitas Borneo Tarakan (UBT) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperluas pertukaran akademik, memperkukuh penyelidikan bersama serta memacu inisiatif pembangunan baharu antara Sabah dan Kalimantan.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata kerjasama itu menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua universiti.

Advertisement
“Ini lebih daripada sekadar perjanjian rasmi.

“Ia merupakan komitmen untuk menterjemahkan kerjasama akademik kepada tindakan yang memberi manfaat kepada Sabah dan Kalimantan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di bawah perjanjian itu kedua-dua universiti akan melancarkan program penyelidikan bersama bermula geran padanan berjumlah RM20,000 dengan UMS dan UBT masing-masing menyumbang RM10,000. 

Dana terbabit akan menyokong kajian yang memberi tumpuan kepada isu di sempadan Malaysia–Indonesia khususnya berkaitan perdagangan, pembangunan dan tadbir urus.

Advertisement
Kasim berkata penyelidikan itu akan membantu kedua-dua kerajaan merangka dasar perdagangan yang lebih kukuh serta membendung aktiviti haram rentas sempadan. 

“Kami mahu menyediakan data yang jelas supaya pembuat dasar dapat memperkukuh saluran perdagangan sah dan menutup jurang yang membolehkan amalan haram berleluasa.

Advertisement
“Kerjasama itu juga akan diperluaskan ke bidang sains utama yang menjadi kekuatan bersama kedua-dua institusi termasuk sains marin, ekonomi biru, pemuliharaan alam sekitar, pertanian, perikanan dan perubatan.

“Ini adalah bidang yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. 

“Daripada keselamatan makanan hingga perlindungan alam sekitar, penyelidik kami boleh membawa perubahan sebenar di lapangan,” ujarnya.

Beliau menyatakan MoA itu ditandatangani antara Naib Canselor UMS dan Dekan Fakulti Ekonomi UBT Dr E Mohamad Nur Utomo yang mewakili Rektor UBT Profesor Dr Yahya Ahmad Zain sempena Seminar Mobiliti Antarabangsa ke-12. 

Program berkenaan menghimpunkan ahli akademik dan pengamal bagi membincangkan kerjasama rentas sempadan serta pembangunan serantau di Borneo.

“Apabila universiti bekerjasama kita bukan sekadar bertukar pelajar. 

“Kita membina jambatan kefahaman dan mewujudkan peluang untuk generasi akan datang,” katanya memaklumkan tahun ini juga menandakan tahun ke-12 kerjasama antara UMS dan UBT. 

Menurut Kasim sepanjang tempoh itu beliau berkata kerjasama terbabit telah menghasilkan penyelidikan bersama yang diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi serta membantu melatih generasi baharu sarjana dengan ramai kakitangan UBT menamatkan pengajian sarjana dan doktor falsafah di UMS.

Kasim berkata kerjasama itu telah pun menunjukkan hasil. 

“Kini perjanjian baharu ini membolehkan kami meningkatkan skala usaha dan melangkah lebih jauh.

“Kerjasama itu turut mengukuhkan mobiliti pelajar dengan kedua-dua universiti merancang untuk memperluas program pertukaran dalam beberapa tahun akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan rakyat dengan rakyat antara Sabah dan Kalimantan,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here