Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kopan proaktif wujud industri nasyid di Sabah
Published on: Saturday, January 17, 2026
Published on: Sat, Jan 17, 2026
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Kopan proaktif wujud industri nasyid di Sabah
BARISAN ahli jawatankuasa induk Kopan untuk tempoh 2026 – 2028.
PERSATUAN Komposer Penulis Lirik Artis Nasyid Sabah (Kopan) mahu bergerak lebih proaktif mulai 2026 hingga 2028 menerusi pelan strategik komprohensif yang memfokuskan kepada usaha mewujudkan sebuah industri nasyid di Sabah.

Pengerusinya Nazri Saidali berkata langkah itu diambil bagi mencungkil lebih banyak bakat baharu serta meningkatkan katalog lagu-lagu nasyid dan karya berunsur ketuhanan yang bersifat komersial di samping memperkasa Kopan sebagai payung utama artis nasyid di negeri ini.

Advertisement
“Pelan Strategik Kopan 2026–2028 telah menetapkan teras utama untuk memperbanyakkan penerbitan lagu-lagu nasyid komersial berbentuk ketuhanan atau kemanusiaan kerana katalog lagu nasyid di Sabah masih terhad.

“Dalam masa sama, Kopan juga komited mengenal pasti bakat-bakat belia yang berpotensi dalam nasyid dan mengesyorkan mereka kepada komposer untuk diketengahkan sebagai penyanyi nasyid,” katanya kepada Hiburan Ekspres.
Keywords:
Kopan
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here