Kota Kinabalu: Isu bekalan air merupakan keperluan asas rakyat yang tidak boleh dikompromi dan akan terus diberi perhatian serius tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manila Hazem Mubarak Musa.
“Saya akan terus memantau perkembangan isu ini dan memastikan maklumat hasil pertemuan dimaklumkan kepada rakyat secara telus. Kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
“Jabatan Air kini sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan ke atas saluran paip utama dikenal pasti rosak yang menjadi punca gangguan bekalan,” katanya.
Advertisement





