TAWAU: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) digesa mengambil langkah drastik dan berperingkat untuk mengenal pasti paip air lama serta memperuntukan dana khusus bagi menggantikan paip usang sebagai usaha menangani krisis bekalan air di daerah ini.
Ahli Jawatankuasa DAP Sabah Philip Yap berkata penggantian paip air lama bukan sahaja dapat mengurangkan gangguan bekalan air di Tawau malah membantu meminimumkan kehilangan Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water, NRW) iaitu air yang hilang akibat kebocoran dan akhirnya membebankan jabatan berkenaan.
Menurutnya penyelesaian jangka panjang perlu diberi keutamaan berbanding pembaikan sementara bagi memastikan bekalan air yang stabil serta kesejahteraan penduduk di daerah ini.
“Ini kerana masalah bekalan air di Tawau bukan isu baharu sebaliknya berlarutan dari tahun ke tahun.
Advertisement





