Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Dua beradik ditahan ugut bapa mentua dengan senjata
Published on: Tuesday, January 20, 2026
Published on: Tue, Jan 20, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Dua beradik ditahan ugut bapa mentua dengan senjata
Jasmin berkata laporan polis yang diterima menunjukkan dua beradik itu mendatangi pengadu di rumahnya pada sebelah malam sebelum bertindak mengamuk dan mengugut mangsa mereka.
TAWAU: Seorang pemandu lori yang disyaki mengugut bapa mentuanya malah turut mengacukan senjata tajam ala-pedang samurai, bersama adik lelakinya yang membawa parang, diberkas dalam satu operasi di Kampung Merotai Besar di sini kira-kira jam 12.10 tengah malam, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata kedua-dua suspek, adik-beradik lelaki tempatan, masing-masing berumur 39 dan 27 tahun, ditahan berhubung kejadian itu. Mangsa berusia 63 tahun.

Advertisement
“Kedua-dua suspek ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes mengugut seorang lelaki warga emas dengan senjata tajam di hadapan sebuah rumah di Kampung Pangkalan Asli,” katanya di sini, Isnin.

Jasmin berkata laporan polis yang diterima menunjukkan dua beradik itu mendatangi pengadu di rumahnya pada sebelah malam sebelum bertindak mengamuk dan mengugut mangsa mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Suspek utama, yang juga menantu pengadu, didakwa menggenggam sebilah pedang manakala adiknya pula memegang sebilah parang semasa melakukan ugutan sehingga menyebabkan mangsa ketakutan.

“Kejadian ini difahamkan berlaku selepas isteri pemandu lori terlibat, iaitu anak perempuan mangsa, ingin bermalam di rumah bapanya. Namun suspek tidak bersetuju sehingga terjadi pertengkaran,” katanya.

Advertisement
Insiden itu menyebabkan pengadu bimbang akan keselamatan keluarganya tampil membuat laporan polis untuk mendapatkan pelindungan dan tindakan susulan daripada pihak berwajib.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) kemudian menangkap kedua-dua suspek itu.

Advertisement
“Hasil semakan latar belakang mendapati suspek pertama mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan ugutan dan pecah masuk, manakala suspek kedua pula tidak memiliki sebarang rekod jenayah,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here